web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kereta Terapung Di Muara Sungai, Kematian Warga Emas Timbulkan Persoalan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2021 5:51PM

Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada jam 5.44 pagi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Seorang warga emas berusia 62 tahun maut selepas terperangkap dalam kenderaannya yang dijumpai terapung di muara sungai di Kampung Batu 7, awal pagi tadi.

Mangsa, dikenali sebagai Thien Nyuk Kong yang memandu kenderaan jenis Perodua Bezza ditemui, selepas orang awam terlihat kenderaannya timbul di kawasan berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mereka menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada jam 5.44 pagi.

Menurut beliau, sepasukan anggota bersama sebuah jentera, Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah kenderaan pacuan empat roda dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba, kerja-kerja menaikkan kenderaan dilakukan dan pasukan telah menemui seorang lelaki di dalam kenderaan berkenaan.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan pada jam 7.57 pagi,” katanya.

Sementara itu, siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan kerosakan atau perlanggaran pada kenderaan mangsa.

Mangsa yang ditemui di tempat duduk pemandu juga tidak mengalami kecederaan luaran, malah barangan berharga miliknya juga masih berada bersama.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Abdul Fuad Abdul Malek mengesahkan kejadian berkenaan dan meminta mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Inspektor Abdul Nasir Ab Lala di talian 012-8119116.

Beliau memberitahu, siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Getaran, 19 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

3

Semasa 2 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Siti Zaharah Sulaiman Meninggal Dunia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia