web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Mohon Ekstradisi Daripada Thailand, Bawa Pulang Sajat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2021 8:51PM

Abd Jalil Hasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dalam proses memohon untuk mengekstradisi Muhammad Sajjad Kamarul Zaman, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, daripada pihak berkuasa Thailand.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hasan berkata proses ekstradisi usahawan kosmetik itu melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Peguam Negara selain pihak berkuasa Thailand dan dijangka mengambil masa. 

"Kami tidak boleh menjangka bila boleh membawa pulang Nur Sajat dan apabila kita membuat permohonan, pihak berkuasa Thailand juga perlu meluluskannya bagi membolehkan dia dibawa pulang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata Muhammad Sajjad, 36, telah ditahan pihak Imigresen Thailand pada 8 September lepas kerana memiliki pasport yang tidak sah dan dihadapkan ke mahkamah negara itu sehari kemudian atas kesalahan imigresen sebelum dikenakan hukuman denda.

"Usaha untuk membawa pulang individu berkenaan sedang giat dijalankan.

“Muhammad Sajjad turut dikehendaki di negara ini mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya,” menurutnya dalam satu kenyataan ketika mengesahkan penahanan Nur Sajat.

Muhammad Sajjad juga diburu oleh pihak berkuasa Malaysia selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan kerana gagal hadir ketika sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Pada 15 Jun lepas, polis turut menjejaki Muhammad Sajjad bagi membantu perbicaraan kes penipuan pertukaran nama dan jantina pada kad pengenalan yang sedang berlangsung di Mahkamah Ampang. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia