web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Seludup Masuk PATI, Tekong Darat Terima Upah RM1,800

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2021 9:57PM

PGA Sarawak berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan PATI dengan tertangkapnya 2 tekong darat bersama 8 PATI di kawasan Melikin, Serian, semalam.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Segelintir penduduk tempatan dikesan mengambil jalan mudah untuk mengaut keuntungan apabila bertindak sebagai tekong darat, dengan mengambil dan menghantar pendatang asing tanpa izin (PATI) ke lokasi tertentu, sebelum menerima bayaran purata sehingga RM1,800 bagi setiap perjalanan.

Komander Briged Sarawak PGA, Senior Asisten Komisioner (SAC) Saini Bongkek berkata, mereka membawa PATI menyelinap masuk ke sempadan negara melalui pelbagai cara termasuk berjalan kaki dan menaiki kenderaan.

Menurut beliau, sindiket terbabit sering mengubah modus operandi bagi membawa masuk PATI, selepas diuruskan dalang di Indonesia dan menggunakan rangkaian di Malaysia bagi mengatur perjalanan serta lokasi transit sementara.

"Mereka amat licik kerana sentiasa memantau keadaan kawalan sekeliling dan mengetahui pergerakan pasukan keselamatan yang bertugas di kawasan sempadan.

"Bahagian Kuching, Serian dan Sri Aman adalah antara lokasi panas PATI disebabkan beberapa faktor termasuk peluang pekerjaan yang luas merangkumi pelbagai sektor,” katanya hari ini.

Saini berkata, Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak semalam berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan PATI dengan tertangkapnya dua tekong darat bersama lapan pendatang di kawasan Melikin, Serian.

"Menerusi Op Benteng COVID-19 yang dijalankan Batalion 11 PGA, Kuching sekitar jam 6 petang itu, sebuah van telah ditahan dan hasil pemeriksaan menemui seorang lelaki tempatan bersama lapan PATI, termasuk seorang wanita dari Indonesia yang berusia antara 17 hingga 52 tahun," katanya.

Beliau memberitahu, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua rakyat Indonesia itu tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.

"Kesemua mereka ditangkap dan kenderaan digunakan turut dirampas, membabitkan nilai keseluruhan RM32,400.

"Tangkapan dan rampasan itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian untuk tindakan lanjut," katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959 (Akta 155) dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). - Getaran, 20 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia