web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Remaja 12 Hingga 15 Tahun Mula Vaksin Khamis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2021 6:19PM

Gambar hiasan

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sarawak dijangka memulakan program vaksin COVID-19 kepada remaja berusia 12 hingga 15 tahun yang tidak mempunyai masalah kesihatan mulai Khamis ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, ia susulan pengumuman yang dibuat Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin semalam.

“Beliau (Khairy) menyatakan remaja berusia 12 hingga 17 tahun akan mula diberi vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin ( PPV) di seluruh negara.

“Kementerian Kesihatan akan mengumumkan PPV terpilih hari ini,” katanya hari ini.

Kira-kira 2.3 juta remaja di seluruh negara dijangka terlibat dalam Program Imunisasi COVID-19 Nasional.

Uggah berkata, pemberian vaksin itu dilakukan sebagai persediaan untuk pembukaan semula sekolah 3 Oktober depan, bagi memastikan risiko jangkitan dapat dikurangkan.

“Ini juga untuk mengelakkan kluster dan kes di kalangan pelajar sekolah. Kita menasihati ibu bapa dan penjaga untuk menggunakan sepenuhnya peluang ini untuk melindungi anak-anak atau individu yang berada di bawah tanggungjawab mereka melalui program pemvaksinan ini.

“Temanilah anak-anak anda untuk vaksinasi kerana ada borang persetujuan yang perlu dilengkapkan sebagai ibu bapa dan penjaga,” ujarnya.

Beliau berkata, Pejabat Kesihatan Bahagian masing-masing akan memilih PPV untuk tujuan berkenaan.

“Negara baru saja menerima pengiriman 10,000 dos vaksin tunggal CanSino.

“Vaksin ini akan dihantar ke Cawangan Farmasi Logistik Negeri (CFLN) Sarawak, Pusat Farmasi Bahagian (PFB) Sri Aman, Klinik Kesihatan Mid Layar, PFB Sarikei, Hospital Sarikei, Hospital Sibu, PFB Sibu, PFB Kapit, Klinik Kesihatan Kapit dan Klinik Kesihatan Song hari ini dan esok.

“Pada 24 September ini pula, vaksin berkenaan turut akan dihantar ke Klinik Kesihatan Bintulu, Hospital Bintulu, Klinik Kesihatan Belaga, Klinik Kesihatan Sungai Asap dan PFB Miri,” katanya. - Getaran 21 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia