web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Landasan Dinaiki Air, Lapangan Terbang Lawas Ditutup 3 Hari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 8:53AM

Lapangan Terbang Lawas terpaksa ditutup selama 3 hari selepas landasannya ditakungi air dan berbahaya untuk pendaratan serta pelepasan pesawat.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAWAS - Lapangan Terbang Lawas  ditutup selama tiga hari mulai semalam selepas landasannya dinaiki air.

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Henry Sum Agong berkata, penutupan penggunaan lapangan terbang yang terletak di utara Sarawak itu diambil sebagai langkah keselamatan.

Kira-kira 18 penerbangan ke Lawas dibatalkan ekoran penutupan lapangan terbang ini bermula Selasa hingga Khamis.
Kira-kira 18 penerbangan ke Lawas dibatalkan ekoran penutupan lapangan terbang ini bermula Selasa hingga Khamis.

Menurutnya, landasan itu kini ditakungi air, menyebabkan ia berbahaya bagi pendaratan dan pelepasan pesawat.

"Kira-kira 18 penerbangan ke Lawas dibatalkan ekoran penutupan lapangan terbang ini bermula Selasa hingga Khamis, iaitu empat penerbangan semalam, lapan penerbangan hari ini dan enam penerbangan pada esok.

"Perkhidmatan lapangan terbang ini  dijangka beroperasi semula pada Jumaat  selepas kerja-kerja membersihkan landasan selesai," katanya.

Henry yang juga Ahli Parlimen Lawas itu bagaimanapun berkata, pembukaan semula lapangan terbang tersebut bergantung kepada keadaan cuaca.

"Kita telah menetapkan keutamaan dalam pelaksanaan sebuah lapangan terbang baharu Lawas di kawasan Sundar.

"Pada masa ini kajian sedang dijalankan oleh pelbagai agensi di bawah kementerian bertanggungjawab sebelum kerja pelaksanaan dapat dilakukan," katanya.

Anggota Bomba sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan landasan yang terjejas akibat banjir.
Anggota Bomba sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan landasan yang terjejas akibat banjir.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Pegawai Penguasa Bomba (PPgB) Zaki Hussin berkata, pihaknya terbabit dalam menjalankan pembersihan kawasan landasan lapangan terbang itu yang terjejas akibat banjir.

Menurutnya, kerja- kerja pembersihan itu bermula pada jam 3.10 hingga 5.25 petang semalam. - Getaran, 21 September 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia