web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kapasiti Jemaah Solat Di Selangor Ditambah, Berkuatkuasa Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Sep 2021 5:27PM

Kapasiti jemaah untuk solat Jumaat dan fardu lima waktu di Selangor ditambah, berkuatkuasa hari ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kapasiti jemaah bagi solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, dekat sini ditambah kepada 1,000 orang manakala solat fardu lima waktu pula 500 orang berkuat kuasa hari ini, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebooknya 'Zawawi Mughni', beliau memaklumkan ketetapan baharu itu turut membenarkan 500 orang jemaah untuk solat Jumaat dan 300 orang jemaah untuk Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam; Masjid Raja Fi Sabilillah Cyberjaya, Sepang dan masjid institusi.

Zawawi berkata bagi masjid pengurusan, bilangan jemaah untuk solat Jumaat sebanyak 400 orang dan 300 orang untuk solat fardu; masjid kariah (350 jemaah solat Jumaat dan 200 solat fardu) dan surau kebenaran solat (250 jemaah solat Jumaat dan 200 jemaah solat fardu).

“Bagi surau kariah dan musolla hanya dibenarkan 100 jemaah untuk solat lima waktu dan ketetapan jumlah jemaah baharu ini termasuk bilangan pentadbir masjid serta surau,” katanya dalam hantaran itu.

Zawawi berkata ketetapan itu hanya kepada mereka yang telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 dan melepasi tempoh inkubasi ditetapkan.

Katanya, program pengimarahan masjid seperti kuliah subuh, dhuha, maghrib dan takzirah dibenarkan namun semua penceramah  perlu lengkap dua dos dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Mesyuarat berkala jawatankuasa kariah masjid dan surau dibenarkan untuk dilaksana bagi membolehkan perancangan program pengimarahan dan pengurusan kewangan masjid dapat diselia berdasarkan peraturan ditetapkan,” katanya.

Bagi pengurusan jenazah bukan COVID-19 di surau dan masjid dengan kehadiran ahli kariah dan kerabat  terdekat tidak melebihi 40 orang dan hanya enam orang jawatankuasa masjid serta surau untuk menguruskan jenazah. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia