web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kelantan Benar Akad Nikah Secara Bersemuka, Tak Lebih 30 Minit

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2021 2:18PM

Majlis akad nikah di Kelantan boleh dijalankan di premis persendirian atau masjid secara bersemuka tanpa sebarang sentuhan berkuat kuasa serta-merta. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kelantan membenarkan majlis akad nikah dijalankan di premis persendirian atau masjid secara bersemuka tanpa sebarang sentuhan berkuat kuasa serta-merta.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik), Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata majlis akad nikah yang dijalankan tidak melebihi 30 minit dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Beliau berkata kehadiran semasa majlis akad nikah dibenarkan tidak melebihi 10 orang yang telah lengkap divaksin termasuk pasangan pengantin, jurunikah/imam, wali pengantin perempuan dan saksi.

“Bagi pasangan dan wali pengantin perempuan yang belum lengkap divaksin diwajibkan menjalani ujian saringan pengesanan jangkitan COVID-19 sama ada ujian pantas (RTK) antigen, ujian reaksi berantai polimerase (PCR) ataupun ujian kendiri selewat-lewatnya dua hari sebelum majlis akad nikah dijalankan.

“Keputusan ujian kendiri hendaklah dikemas kini dalam aplikasi MySejahtera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Che Mohd Rahim berkata wali pengantin perempuan boleh membuat permohonan wakalah wali sekiranya mengalami keuzuran untuk hadir di majlis akad nikah.

“Hanya jurunikah atau imam yang telah lengkap divaksin sahaja boleh mengakad nikah pasangan tersebt. Bagi imam atau jurunikah yang belum melengkapi vaksin, pasangan boleh memohon untuk diakad nikah oleh imam atau jurunikah mukim bersebelahan yang telah lengkap divaksin,” katanya.

Beliau berkata majlis akad nikah boleh dibatalkan jika melanggari mana-mana perkara dan peruntukan yang telah ditetapkan.

“Apa-apa arahan dan ketetapan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah terpakai. Semua arahan pentadbiran yang telah dikeluarkan sebelum ini adalah terbatal,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia