web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


1,500 Penggiat Industri Pelancongan Terima Pensijilan Patuh SOP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2021 7:56AM

Pensijilan yang dikeluarkan oleh MPC itu merangkum 7 aspek dalam menjaga kepentingan keselamatan para pelancong. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,500 penggiat industri pelancongan telah mendapat pensijilan pematuhan bagi menjalankan operasi mereka dalam suasana norma baharu di bawah Garis Panduan Patuh dan Amal Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19.

Presiden Majlis Pelancongan Malaysia Uzaidi Udanis berkata pensijilan yang dikeluarkan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) iaitu agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu merangkumi tujuh aspek dalam menjaga kepentingan keselamatan para pelancong.

“Tujuh aspek itu antaranya melibatkan SOP pergerakan, pengoperasian, kaedah pembayaran dan tempahan dalam tempoh setahun ini. Sebanyak 1,500 penggiat industri pelancongan telah menerima pensijilan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk “Pelancongan Hidup Semula”, yang disiarkan malam tadi.

Menurut Uzaidi, pensijilan itu secara langsung membuktikan bahawa industri pelancongan sudah bersedia untuk kembali beroperasi sekali gus menjana semula peluang pekerjaan dan ekonomi negara.

“Di Langkawi, pensijilan dalam kalangan penggiat industri pelancongan sudah menghampiri 100 peratus. 

“Tetapi apa yang penting pelancong sendiri perlu sentiasa peka untuk menjaga SOP, sekiranya nampak sesuatu lokasi itu ramai sangat orang beratur janganlah ke situ, cari tempat yang ada penjarakan fizikal dan peraturan yang baik,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik bersetuju membenarkan pembukaan pusat, pulau dan kawasan pelancongan, serta aktiviti rentas negeri apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan.

Setakat ini, 80 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap divaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia