web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pentadbir Eksekutif Rugi RM62,300, Terpedaya Dengan 'Futurebioption'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2021 8:12AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pentadbir eksekutif sebuah syarikat mengalami kerugian bernilai RM62,300 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan pelaburan ‘Futurebioption’ yang didapati tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur ACP Mohd Mahidisham Ishak berkata mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun, telah berkenalan dengan seorang wanita tempatan melalui aplikasi Facebook pada 8 September lepas.

“Setelah beberapa hari berkenalan, supek menawarkan peluang membuat pelaburan yang menjanjikan pulangan keuntungan antara 10 peratus hingga 20 peratus dalam tempoh 24 jam.

“Terpedaya dengan tawaran itu, mangsa bersetuju untuk melabur dan telah diberikan pautan dan akses untuk membuat urusan pendaftaran dan transaksi di laman web yang diberikan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Mangsa kemudian membuat transaksi pertama sebanyak RM1,000 dan menerima wang pulangan sebanyak 10 peratus seperti yang dijanjikan.

Suspek selepas itu menggalakkan mangsa untuk membuat pelaburan yang seterusnya dalam jumlah yang lebih besar bagi mendapatkan keuntungan yang lebih besar.

“Atas arahan suspek, mangsa telah membuat beberapa transaksi ke beberapa akaun bank setelah memperoleh keuntungan dan bonus yang dijanjikan dan mangsa kemudiannya ingin membuat pengeluaran wang keuntungan pelaburan berkenaan.

“Oleh itu, mangsa diberitahu beliau perlu melalui pemeriksaan keselamatan kerana melibatkan jumlah wang yang banyak,” katanya.

Akibat tidak berpuas hati dan disyaki ditipu, mangsa mengalami kerugian RM 62,300 dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu.

Mohd Mahidisham menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan mana-mana pelaburan yang tidak sah.

“Sebarang jenayah atau aktiviti yang mencurigakan, diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia