web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kabel Elektrik Jambatan Terbakar, TNB Perlu 3 Bulan Baiki Kerosakan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2021 5:15PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Tenaga Nasional Berhad (TNB) dijangka memerlukan masa hingga tiga bulan untuk membaiki kerosakan kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang di Km3.2 yang terbakar semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata perkara itu dimaklumkan oleh TNB semasa menyampaikan taklimat kepada ketua menteri berhubung kejadian kebakaran tersebut, pagi tadi.

“Namun tempoh pembaikan itu bergantung pada tahap kerosakan serta rundingan bersama PLUS kerana usaha tersebut memerlukan penutupan laluan di Jambatan Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zairil, kebakaran pada kira-kira 4 petang tersebut menjejaskan kesemua tiga litar di bawah jambatan yang mengakibatkan gangguan bekalan selama 35 saat di beberapa kawasan.

Bagaimanapun katanya kerosakan kabel dan litar terbabit tidak akan menjejaskan bekalan elektrik di negeri tersebut memandangkan masih ada punca bekalan lain.

Sementara itu, Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Azrul Khairi Abu Bakar berkata pihaknya menjalankan operasi pemadaman semula di lokasi kejadian selepas mendapati kebakaran masih berlaku pada 9.17 pagi hari ini.

"Api telah berjaya dipadamkan semalam namun kabel elektrik di lokasi yang sama terbakar semula tetapi kecil sahaja. Kerja pemadaman melibatkan tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai, Bandar Perda dan Paya Terubong. Operasi turut dibantu oleh Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA)  serta beberapa agensi lain," katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian petang semalam, TNB mengesahkan kebakaran di Km3.2 Jambatan Pulau Pinang melibatkan kabel 132 kV daripada Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Tengah ke Bayan Mutiara dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Pada September 2010, kejadian sama berlaku apabila tiga kabel kuasa di Jambatan Pulau Pinang terbakar, mengakibatkan gangguan elektrik di kawasan pulau terutamanya di Bayan Lepas.- Bernama 

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Sukan 7 jam yang lalu

Kematian Pemain China: BWF Semak Semula Protokol Tindak Balas Kecemasan

Semasa 1 hari yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 3 jam yang lalu

Semakan Kehakiman: Mahkamah Tolak Permohonan Najib

oleh Wartawan The Malaysian Insight