web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Semasa Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2024 12:50PM

Muhyiddin Yassin ketika hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara, bagi membolehkan beliau menghadiri majlis graduasi cucunya di London.

Hakim Rozina Ayob membenarkan pasport diserahkan kepada bekas perdana menteri itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Nor Asma Ahmad memaklumkan, pihaknya tidak membantah permohonan tersebut.

"Pasport diserahkan kepada tertuduh (Muhyiddin) hari ini dan ia perlu dikembalikan semula kepada mahkamah pada 20 Ogos," kata Rozina.

Terdahulu peguam Datuk Seri K Kumaraendran, yang mewakili Muhyiddin memaklumkan anak guamnya akan bertolak ke London pada 19 Julai dan dijangka kembali ke Malaysia pada 15 Ogos.

Ditanya Rozina mengapa tertuduh mahu mendapatkan pasport awal, peguam itu berkata ia bagi membolehkan tertuduh mendapatkan pelepasan daripada Jabatan Imigresen terlebih dahulu.

Berdasarkan afidavit sokongon yang menyokong permohonan itu, Muhyiddin berkata beliau dan isterinya akan menghadiri majlis graduasi cucu perempuan sulong mereka pada 23 Julai ini di Royal Festival Hall, Southbank Centre, London.

Muhyiddin berkata cucunya itu berjaya menamatkan pengajian dalam Sarjana Muda Sastera cemerlang dengan mendapat kelas pertama dalam Ijazah Sarjana Muda Kepujian (Pentadbiran Perniagaan) di University of Westminster, London.

"Saya ingin menghadiri majlis graduasi cucu saya kerana ia merupakan sebuah majlis sekali dalam seumur hidup dan saya ingin menyaksikan dan mengiktiraf kejayaan cucu saya.

"Cucu saya juga telah menyatakan hasratnya untuk saya dan isteri saya dapat bersama- sama hadir ke majlis graduasinya, untuk menyaksikan pencapaiannya," kata Muhyiddin dalam afidavit tersebut.

Pada prosiding sama, Rozina turut menetapkan 30 Ogos ini untuk pendengaran permohonan Muhyiddin bagi menangguhkan kes menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram yang dihadapi Presiden Bersatu itu, sementara menunggu permohonan semakan keputusan oleh panel hakim diputuskan di Mahkamah Rayuan.

Muhyiddin, 77, sebagai perdana menteri (ketika itu) dan Presiden Bersatu, didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff, bagi parti berkenaan.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.
Muhyiddin juga berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Februari dan 16 Julai 2021 serta 8 Februari dan 8 Julai 2022.

Beliau juga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac tahun lepas atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Konsert Double Trouble 2 : Bekas Penolong Pengurus Dituduh Minta, Terima Rasuah

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Anak Hamzah Zainudin Didakwa Terima Rasuah RM100,000

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 jam yang lalu

Jemaah Islamiyah Indonesia Umum Pembubaran

Sukan 13 jam yang lalu

Kim Swee Yakin Sabah FC Mampu Mara Ke Separuh Akhir Piala FA

Politik 5 jam yang lalu

PM Ucap Tahniah Kepada PM Baharu UK, Keir Starmer

oleh Diyana Nawwar

Luar Negara 9 jam yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya