web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Raja Permaisuri Berkenan Lawat Muzium Victoria Dan Albert Di UK

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Sep 2021 7:36AM

Lawatan Raja Permaisuri Agong ke Muzium Victoria dan Albert berlangsung selama dua jam. - Gambar dari Facebook Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat melawat Muzium Victoria dan Albert di United Kingdom (UK) semalam.

Dalam lawatan selama dua jam bermula pada 11.30 pagi itu, Seri Paduka berkenan menerima sembah taklimat mengenai muzium yang menempatkan khazanah seni dan artifak reka bentuk kreativiti manusia milik Britain berusia 5,000 tahun.

Istana Negara menerusi kenyataan di laman Facebook malam tadi memaklumkan turut mengiring baginda ialah isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Nor Aini Abdul Rahman.

Lawatan ke Muzium Victoria dan Albert adalah antara atur cara Lawatan Khas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong ke UK selama 10 hari bermula 17 September lepas.

Usai lawatan khas itu, Seri Paduka berdua berkenan beristirahat di London bermula 27 September dan dijadual berangkat pulang ke tanah air pada 23 Oktober. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Lapor Jika Ada Akaun Media Sosial Salah Guna Nama Agong, Raja Permaisuri

3

Ekonomi 7 bulan yang lalu

British Airways Sambung Laluan Ke KL Bermula November

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Menyambut Thaipusam

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia