web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Vaksinasi Negara Cecah 85.1 Peratus, Rentas Negeri Mungkin Dibenar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2021 10:52AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Harapan rakyat Malaysia untuk bergerak bebas termasuk merentas negeri hampir menjadi kenyataan, apabila kadar vaksinasi negara kini hampir mencapai sasaran 90 peratus.

Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) setakat jam 11.59 malam tadi mengesahkan, 85.1 peratus populasi dewasa atau 19,912,566 individu sudah melengkapkan vaksin COVID-19 masing-masing.

Negara memerlukan baki 4.9 peratus lagi bagi mencapai sasaran 90 peratus kadar vaksinasi untuk populasi dewasa.

Data JKJAV turut menunjukkan, 94 peratus atau 21,993,709 daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi keseluruhan, seramai 19,945,616 individu atau 61.1 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19, manakala 71 peratus atau 23,178,045 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipetik sebagai berkata, kerajaan mungkin akan membenarkan aktiviti merentas negeri dan membuka sektor pelancongan tempatan selepas kadar vaksinasi populasi dewasa mencapai 90 peratus.

Data CovidNow pula mendapati, seramai 33,050 atau 1.1 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Sebanyak pertambahan 329,722 dos harian diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 43,028,919 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara. - Getaran, 29 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia