web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Warga Indonesia Boleh Dapatkan Vaksin di Pejabat KRI, Tawau

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Sep 2021 3:14PM

Heni (kiri) ketika menerima kunjungan Arnold Joibi dan Dr G Navindran.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Lebih 200 warga Indonesia yang berada di daerah ini diijangka menerima suntikan vaksinasi COVID-19, Jumaat ini.

Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau, Heni Hamidah berkata, jangkaan itu berikutan inisiatif dijalankan pihaknya bersama Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau, untuk melaksanakan program vaksinasi di Pejabat Konsulat khusus untuk warga Indonesia.

“Kami sudah membuat perbincangan bersama Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Arnold Joibi dan Pegawai Kesihatan Tawau, Dr G Navindran di pejabat KRI baru-baru ini.

“Kata sepakat dicapai untuk menjalankan program vaksinasi di pejabat KRI Tawau bagi warga Indonesia yang belum mendapatkan suntikan vaksin,” katanya.

Beliau berharap semua warga Indonesia yang belum menerima suntikan vaksin COVID-19 untuk hadir pada Jumaat nanti.

“Kepada sesiapa yang mahu mendapatkan suntikan itu diminta untuk menghubungi hotline KRI Tawau di talian 01116230800 atau 0198228800.

“Individu yang hadir dalam program vaksinasi itu nanti diminta untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

Program berkenaan diharapkan dapat membantu Tawau mencapai kelompok imuniti, selain melindungi kesihatan warga Indonesia yang berada di daerah ini. - Getaran, 29 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

2

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

3

Luar Negara 7 bulan yang lalu

PEMILU 2024: Pemimpin Dunia Ucap Tahniah Kepada Prabowo

4

Luar Negara 7 bulan yang lalu

PEMILU: Puluhan Cedera Dalam Pertempuran Di Papua

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia