web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keputusan Wajib Vaksin COVID-19 Demi Keselamatan, Kesihatan Awam - MEF

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2021 8:22AM

Keputusan JPA mewajibkan suntikan vaksin COVID-19 kepada penjawat awam disifatkan sebagai wajar dan mampu mengurangkan kesan jangkitan virus itu. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mewajibkan suntikan vaksin COVID-19 kepada kakitangan kerajaan dianggap wajar demi melindungi keselamatan dan kesihatan mereka.

Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, keputusan itu juga mampu mengurangkan kesan jangkitan virus terbabit.

“MEF berpendapat ada kewajaran dalam keputusan diambil pihak JPA bagi melindungi kakitangan awam yang ramai jumlahnya.

“Sekiranya tidak dibuat, kemungkinan untuk kakitangan awam dijangkiti amat tinggi dan kesannya nanti adalah pada sistem kesihatan negara yang akan terbeban, malah jentera operasi kerajaan berisiko tidak dapat berfungsi dengan baik serta menjejaskan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya kepada Getaran.

Dr Syed Hussain Syed Husman
Dr Syed Hussain Syed Husman

Menurut beliau, tujuan utama pengambilan vaksin adalah melindungi individu dan berdasarkan statistik dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), ia turut berupaya menurunkan kadar kematian.

Katanya, majoriti penerima vaksin itu juga hanya akan mengalami jangkitan tahap 1 dan tahap 2 sekiranya dilanda penyakit berkenaan.

Ditanya pandangan pihak tertentu yang menganggap imunisasi itu tidak perlu diwajibkan kepada kakitangan awam, sebaliknya meminta mereka menjalankan ujian saringan secara berkala untuk mengetahui status kesihatan semasa, Syed Hussain menyifatkan, suntikan vaksin lebih berkesan bagi mengurangkan kesan virus.

“Vaksin terbukti boleh melawan COVID-19 dan sekiranya seseorang itu sudah divaksin, tahap jangkitan dapat dikurangkan. Ini tidak dapat diberi oleh ujian saringan berkala kerana fungsinya hanya untuk mengenalpasti sama ada individu mengalami jangkitan, bukan untuk mengurangkan kadar keterukan serangan virus.

“Justeru, kita tidak boleh menggantikan vaksinasi dengan ujian saringan kerana kedua-duanya mempunyai peranan berbeza. Malah di sektor pembuatan ketika ini, amalan ujian saringan secara berkala adalah wajib dilakukan setiap dua minggu ke atas individu sudah divaksin dan belum divaksin,” katanya.

Mengulas lanjut, Syed Hussain berkata, kepentingan suntikan vaksin COVID-19 turut boleh dilihat apabila ramai majikan sektor swasta menjadikan pengambilan dos lengkap sebagai syarat untuk menerima pekerja baharu.
 
“Syarat sedemikian adalah munasabah kerana di bawah Akta OSH Seksyen 15 dan 17, majikan bertanggungjawab untuk menyediakan tempat kerja selamat serta sihat.

“Di bawah Akta OSH Seksyen 24 pula, pekerja bertanggungjawab untuk memastikan dirinya sendiri selamat dan sihat, selain memastikan keselamatan serta kesihatan pekerja lain,” katanya.

Selain itu, Syed Hussain berkata, kerajaan diharap mengeluarkan garis panduan jelas mengenai perkara perlu dilakukan majikan, pekerja dan kesatuan supaya tidak timbul pertikaian di antara pihak terbabit untuk menangani kes penyalahgunaan kuarantin diri, termasuk ketika fasa endemik.

Jelasnya, ada segelintir pekerja yang menolak vaksinasi dan tindakan itu akan menimbulkan keresahan apabila negara memasuki fasa endemik.

Pada ketika ini, katanya, hampir 80 peratus penduduk dewasa sudah melengkapkan dos masing-masing, jadi majikan terpaksa mengimbangi hak mereka, antara golongan tidak divaksinasi dan majoriti pekerja yang berbuat demikian.

“Berdasarkan peruntukan di bawah Akta OSH, majikan berhak untuk tidak membenarkan pekerja yang tiada vaksin dari memasuki premis pekerjaan bagi memastikan tiada risiko jangkitan di tempat kerja kepada pekerja sudah lengkap divaksinasi,” katanya. - Getaran, 1 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia