web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Air Berwarna Seperti Milo, Penduduk Rayu Tindakan Segera

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2021 8:32AM

Penduduk di Kuala Penyu dan Menumbok di Beaufort terpaksa berdepan dengan air keruh sejak beberapa minggu lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEAUFORT - Jabatan Air Beaufort dan Kuala Penyu digesa mengambil tindakan segera enangani masalah bekalan air paip yang sangat keruh dihadapi penduduk di Kuala Penyu dan Menumbok kebelakangan ini.

Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Ag Aslee Lakat berkata, keadaan air yang berwarna seperti bancuhan Milo itu terpaksa dihadapi penduduk setiap masa dalam melakukan pelbagai urusan harian.

"Air keruh yang mengalir dalam paip penduduk sangat menyedihkan dan Jabatan Air perlu mengambil tindakan segera untuk menanganinya," katanya. 

Menurut beliau, jabatan terbabit perlu memberi penjelasan kepada penduduk berhubung masalah itu yang sudah berlarutan sejak beberapa minggu lalu.

 "Jangan tunggu sampai penduduk hilang sabar kerana perlu berdepan isu bekalan air  seperti itu," katanya.

Ag Aslee Lakat
Ag Aslee Lakat

Ag Aslee yang juga Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah berkata, jabatan berkenaan seharusnya tampil memberi penjelasan munasabah supaya penduduk tidak terlalu kecewa dan mempersoalkan peranan semua pegawainya dalam menjalankan tugas mereka.

Tambah beliau, pihaknya optimis Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak mengizinkan situasi sedemikian berlaku ke atas rakyat khususnya di Kuala Penyu dan Menumbok.

"Justeru, kakitangan Jabatan Air patut melakukan sesuatu yang sesuai dengan tugas yang diamanahkan kepada mereka," ujarnya.

Sementara itu, ribuan penduduk yang terlibat secara kebetulan baru sahaja memperolehi bekalan air di rumah masing-masing, dan amat terkejut dengan keadaan tersebut.

Seorang penduduk, Matussin Latip mendakwa, dia terkejut apabila mendapati air paip itu berwarna seperti Milo, tetapi terpaksa digunakan untuk mandi dan minum.

Katanya, keadaan air keruh itu masih berlarutan dalam kalangan penduduk yang terpaksa menggunakannya untuk keperluan harian.

Seorang lagi penduduk, Mohd Ariffin, yang kecewa dengan masalah itu meminta pihak berkuasa berkaitan segera tampil membantu.

"Kami terlalu kecewa dengan bekalan air seperti ini. Sebelum ini kami menghadapi masalah air bersih sejak beberapa bulan namun apabila air paip sudah mengalir, begini pula warnanya, memang sangat sedih," keluhnya. - Getaran, 1 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia