web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Remaja 12 Tahun Dibenar Ambil Sinovac

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2021 1:14PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Remaja berusia 12 tahun ke atas dibenarkan mengambil vaksin jenis Sinovac selepas mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut beliau, vaksin COVID-19 itu adalah yang kedua diluluskan untuk penggunaan bagi golongan remaja Pfizer, keluaran PfizerBioNTech pada bulan Jun 2021.

“KKM ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-364 telah bersidang pada hari ini, 1 Oktober 2021.

“Mesyuarat telah bersetuju memberikan kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin CoronaVac keluaran Sinovac Life Sciences Co. Ltd, China dan Pharmaniaga Lifesciences Sdn Bhd, Malaysia, kepada golongan yang berumur 12 tahun dan ke atas," katanya di sini.

Dr. Noor Hisham Abdullah
Dr. Noor Hisham Abdullah

Dr Noor Hisham berkata, CoronaVac sebelum ini telah diluluskan secara bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu berumur 18 tahun dan ke atas.

"Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) menyarankan agar penggunaan vaksin itu buat masa ini diutamakan kepada remaja tanpa komorbiditi dan mempunyai masalah alahan atau tidak sesuai menerima vaksin Pfizer.

“Penilaian bagi penggunaan Sinovac dalam kalangan remaja dengan komorbiditi akan diteruskan sebaik sahaja data yang dikemukakan mencukupi," katanya.

Kelulusan berkenaan jelas beliau lagi,  dibuat selepas mesyuarat PBKD kali ke-354 yang bersidang hari ini.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja dimulakan secara rasmi pada 20 Sept dengan sasaran 3.2 juta golongan remaja berusia 12 (mengikut tarikh lahir) hingga 17 tahun. - Getaran, 1 Oktober 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia