web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sektor Swasta Pula Disyor Wajibkan Vaksin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2021 3:04PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mewajibkan penjawat awam mengambil vaksin sebelum 1 November ini, Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) turut mengesyorkan sektor swasta mengambil pendekatan sama.

Presidennya, Datuk Dr Kuljit Singh berkata, sektor swasta disarankan untuk tidak menunggu sehingga kerajaan mewajib atau mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan itu bagi mendapatkan vaksin.

Menurutnya, keberkesanan vaksin menghindar kemungkinan untuk mendapatkan jangkitan atau berada di tahan teruk telah terbukti, bukan saja di Malaysia malah di luar negara.

“Kakitangan yang sudah lengkap divaksin juga boleh kembali bekerja untuk memulihkan ekonomi negara dan terus memberi pelbagai kemudahan kepada masyarakat," katanya hari ini.

Semalam media melaporkan, JPA mewajibkan penjawat awam mengambil vaksin dan perlu segera melengkapkan imunisasi itu sebelum 1 November depan.

Setakat ini dimaklumkan, 16,902 atau 1.6 peratus penjawat awam belum mendaftar bagi mendapatkan suntikan pelalian berkenaan.

Dr Kuljit berkata, majoriti petugas di hospital swasta seluruh negara sudah mendapatkan suntikan vaksin malah kebanyakkan institusi perubatan mewajibkan mereka untuk melengkapkan imunisasi.

"Saya harap sektor swasta terutama yang memberikan perkhidmatan secara terus kepada orang ramai, perlu mewajibkan kakitangan mereka mendapatkan suntikan vaksin," katanya.

Bagaimanapun, sektor swasta yang tidak memberikan perkhidmatan secara terus kepada orang ramai juga perlu mewajibkan perkara itu bagi mengelak jangkitan dalam kalangan rakan sekerja.

"Tanggungjawab membendung wabak ini berada di tangan setiap pekerja tidak kira sektor awam atau pun swasta," katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan vaksinasi wajib untuk semua penjawat awam adalah petunjuk jelas bahawa kerajaan prihatin dengan masyarakat yang masih menolak untuk divaksin.

Katanya, ia bertujuan untuk terus mengurangkan jumlah kemasukan pesakit ke hospital terutama ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Seperti kita sedia maklum, ramai pesakit selain COVID-19 terkesan teruk apabila hospital swasta dan awam menerima terlalu ramai pesakit COVID-19 untuk dirawat.

"Jadi tindakan kerajaan yang mewajibkan kakitangan awam mendapatkan suntikan vaksin adalah terpuji dan sangat tepat pada masanya bagi mengelakkan pusat perubatan dibanjiri pesakit," katanya. – Getaran, 1 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia