web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh, Sebuah Kereta Terjunam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2021 6:17PM

Sebahagian tembok penahan (retaining wall) dan Jalan di Lengkok Halia, Tanjung Bunga di sini mengalami tanah runtuh sehingga menyebabkan sebuah kereta yang diparkir di kawasan itu terjunam ke dalam runtuhan tersebut. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGETOWN - Sebahagian tembok penahan dan jalan di Lengkok Halia, Tanjung Bungah di sini mengalami tanah runtuh sehingga menyebabkan sebuah kereta yang diparkir di kawasan itu terjunam ke dalam runtuhan tersebut.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa kerana tiada pemandu atau penumpang dalam kereta jenis Proton Saga tersebut.

Berdasarkan rakaman video selama 13 saat yang tular di media sosial itu, ia menunjukkan kereta tersebut diparkir di tepi jalan yang terletak di tebing sebuah parit kecil.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Ar Yew Tung Seang yang turut mengadakan lawatan di kawasan tanah runtuh itu berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

"Semalam kami (MBPP) mendapati terdapat rekahan pada tebing dan tembok penahan jalan itu, jadi kami telah mengarahkan pemilik kereta yang parkir di situ agar tidak meletakkan kenderaan di situ.

"Semasa kejadian tanah runtuh, terdapat enam kereta diparkir di situ namun lima daripadanya sempat dialihkan oleh pemilik kenderaan manakala sebuah lagi kereta tidak sempat dialihkan dan menyebabkan ia terjunam ke dalam runtuhan berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Yew berkata pihaknya ketika ini menunggu laporan lengkap berhubung kejadian itu daripada Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mengetahui punca sebenar insiden tanah runtuh berkenaan.

Katanya kawasan kejadian itu merupakan tanah rizab JPS dan pihaknya telah meminta mereka membaiki runtuhan tersebut.

"Punca kejadian itu masih dalam siasatan dan pihak JKR bersama JPS sedang menyediakan laporan berhubung perkara tersebut. Jalan ini akan ditutup sehingga kerja-kerja pembaikan dijalankan," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia