web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sanitasi Sambil Lewa, Rapid KL Mohon Maaf

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2021 10:03AM

Tular video di media sosial yang memaparkan operasi sanitasi yang didakwa dijalankan secara sambil lewa hingga mencetuskan kecaman ramai. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rapid KL memohon maaf kepada pengguna pengangkutan tren berkenaan susulan penularan video yang memaparkan operasi sanitasi secara sambil lewa oleh operator pembersihan.

Jurucakap syarikat itu berkata, penularan video terbabit menimbulkan kegelisahan, kebimbangan dan kemarahan orang awam terhadap sikap operator terbabit ketika menjalankan penugasan.

“Dalam video tersebut, ejen pembersih kami dilihat menjalankan tugas pembersihan ketika tren kami tiba di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang yang merupakan stesen terakhir Laluan LRT Ampang dan Sri Petaling.

“Namun video tersebut menunjukkan tugas pembersihan dilakukan dengan tergesa-gesa serta tidak memuaskan, sekali gus melanggar peraturan pencegahan COVID-19 yang ditetapkan Rapid KL,” katanya.

Terdahulu, satu video memaparkan dua operator pembersihan tren Rapid KL yang melakukan tugas sanitasi secara sambil lewa tular di laman Twitter sejak semalam.

Video berdurasi 7 saat itu memaparkan pekerja wanita terbabit melakukan tugas itu secara ala kadar selain tidak mengelap keseluruhan permukaan seperti bahagian pemegang tangan menggunakan cecair pembasmi kuman.

Menurutnya, Rapid KL telah mengambil tindakan pantas menegur pihak vendor selain membincangkan tindakan bersesuaian untuk memastikan perkara itu tidak berulang pada masa akan datang.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap syarikat kontraktor pembersihan RnD Resources Sdn Bhd berkata, tindakan tatatertib telah diambil kepada kakitangan terbabit.

“Pihak kami memohon maaf kepada pengguna LRT Laluan Ampang dan Rapid KL atas kekhilafan petugas pembersihan kami dalam melaksanakan kerja-kerja sanitasi tren.

“Kami memandang serius serta amat kesal dengan kejadian tersebut dan mereka akan diberi latihan semula dengan selengkapnya sebelum dibenarkan bertugas seperti biasa,” katanya. – Getaran, 2 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia