web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bangkai 11 Penyu Hijau Dibunuh Ditemui, Suspek Berjaya Larikan Diri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2021 9:48PM

Bangkai penyu ini ditemui dalam keadaan reput dan perut terburai di perairan Pantau-Pantau, Pulau Bum-Bum, Semporna, hari ini. - Gambar ihsan PGA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA -  Sebanyak 11 bangkai Penyu Hijau yang dipercayai dibunuh ditemui di perairan Pantau-Pantau, Pulau Bum-Bum, dekat sini, hari ini.

Semua bangkai penyu itu ditemui dalam keadaan reput dan perut terburai serta dibuang merata-rata.

Komander Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah, Senior Asisten Komisioner (SAC) Abdul Rani Alias berkata, pihaknya melancarkan Ops Bersepadu Khazanah, kira-kira jam 6 pagi tadi.

"Operasi yang turut disertai Jabatan Hidupan Liar dan Jabatan Perhutanan itu jugaj menemui dua karung guni berisi isi penyu yang sudah dimasak, bangkai penyu dan peralatan memasak.

"Berdasarkan keadaan bangkai haiwan berkenaan, kami percaya suspek bertindak melapah dan memasak isinya sebelum disimpan di dalam karung berkenaan," katanya.

Turut ditemui sebatang kail dipercayai untuk menangkap haiwan tersebut.

Bagaimanapun, menurut Abdul Rani, tiada suspek ditemui di lokasi kejadian.

"Semua bangkai haiwan dan peralatan memasak itu yang dianggarkan bernilai RM 8,200 dirampas sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Enakmen  Pemuliharaan Hidupan Liar 1997," katanya.  - Getaran, 2 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia