web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kematian Zolkeples Tiada Unsur Jenayah - Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2021 4:03PM

ACP Mohamad Farouk Eshak - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang unsur jenayah dikesan pada kematian bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkeples Embong, sebaliknya kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR), kata Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Farouk Eshak.

Menurut beliau, punca sebenar kematian bagaimanapun masih dalam siasatan.

“Tempat kejadian merupakan sebuah rumah teres dua tingkat yang dihuni Allahyarham.

“Beliau tinggal seorang diri di rumah tersebut dan pemeriksaan di tempat kejadian serta pada tubuh badan Allahyarham tidak menjumpai sebarang unsur jenayah,” katanya hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, polis juga tidak menemui sebarang kesan pecah masuk atau pergelutan di tempat kejadian.

Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati Allahyarham tinggal di rumah seorang diri dan tidak pernah berkahwin.

“Waris terdekat yang membuat laporan ialah anak saudara kepada arwah.

“Menurut keluarga, Allahyarham pernah membuat pembedahan jantung kira-kira 10 tahun lalu dan tidak pernah membuat sebarang rawatan susulan selepas itu,” jelasnya.

Mohamad Farouk berkata, ujian saringan COVID-19 Allahyarham sebelum ini juga disahkan negatif.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Sri Petaling di sini untuk pengurusan jenazah, sebelum dikebumikan di Kampung Sura, Dungun, Terengganu. - Getaran, 3 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia