web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Edar Pil Khayal, Anggota Polis, Pemandu Sambilan Didakwa 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 8:21PM

Harethaess (kiri) dan Darshan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengedar pil ekstasi di Mahkamah Majistret , Johor Bahru, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang anggota polis dan pemandu sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mengedar 181.95 gram pil ekstasi, bulan lalu.

Lans Koperal C Harethaess, 27, dan P Darshan, 19, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-kedua tertuduh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa melakukan perbuatan itu di tempat letak kereta dekat Jalan Persiaran Southkey 2  Kota Southkey di sini, kira-kira 9.45 malam, 23 September lalu.

Bagi perbuatan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang  dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua tertuduh berdepan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aina Syakira Muhammad Syafiq Sim. 

Harethaess yang bertugas di Balai Polis Labu, Negeri Sembilan tidak diwakili peguam, manakala Darshan diwakili peguam Muhammad Firdaus Adnan, Muhamad Wafiq Hadie dan Amer Ashrhaf Azuddin. 

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 5 Disember ini bagi serahan laporan kimia dan tiada jaminan dibenarkan. - Getaran, 4 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia