web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anwar Minta Dewan Rakyat Bahas Segera ‘Pandora Papers’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 8:55PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar Dewan Rakyat segera membahaskan isu Pandora Papers kerana pendedahan siasatan berhubung perkara itu turut memetik beberapa nama besar dalam Malaysia.

Katanya, beliau juga sudah menghantar usul mengenai isu berkenaan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

“Mengambil maklum pendedahan Pandora Papers awal pagi tadi, saya sudah menghantar suatu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

“Saya menggesa agar Dewan Rakyat untuk segera membahaskan isu mendesak ini kerana ia menyebut beberapa nama besar dalam negara,” katanya hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, perkara itu diyakini berkaitan kepentingan orang ramai kerana turut menyebut nama tokoh politik kerajaan dan pembangkang.

“Saya percaya perkara ini juga adalah berkenaan kepentingan orang ramai kerana ia turut menyebut nama tokoh politik kerajaan dan juga pembangkang.

“Saya mohon usul ini dipertimbang dan dilulus untuk dibahaskan,” katanya.

International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ), semalam mendedahkan siasatan dijalankannya mendapati beratus pemimpin dunia, ahli politik, hartawan, selebriti, pemimpin agama dan pengedar dadah dilapor menyembunyikan wang serta pelaburan hartanah, kapal persiaran dan aset lain mereka sepanjang 25 tahun lepas.

Siasatan dikenali Pandora Papers itu menyatakan perkara itu didedahkan menerusi 12 juta fail dimiliki 14 firma di serata dunia.

Menerusi pendedahan tersebut, dua individu dari Malaysia didakwa antara 336 ahli politik yang memiliki akaun luar pesisir dan terdapat 118 syarikat luar pesisir dengan pemilik berasal dari Malaysia.

Antara nama disebut adalah Jho Low dan kaitannya dengan sebuah firma undang undang Amerika global yang dilaporkan digunakan untuk membina jaringan syarikat di Malaysia dan Hong Kong. - Getaran, 4 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia