web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Fahmi Reza Ditahan Lagi, Bebas Petang Tadi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 8:58PM

Fahmi Reza dibebaskan petang tadi, selepas ditahan polis untuk soal siasat berhubung ​karikatur yang didakwa menghina Perdana Menteri. - Gambar dari Twitter Fahmi Reza

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Artis grafik kontroversi, Fahmi Reza disiasat susulan lakaran karikatur yang didakwa menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, petang tadi.

Menurut aktivis terbabit, dia diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk disiasat berhubung karikatur yang menyerupai Perdana Menteri Ke-9 berkenaan.

Dalam ciapannya di Twitter, Fahmi secara sinis berkata sesetengah pemimpin dan pengikut sesuatu parti yang dipercayai merujuk kepada UMNO, lebih mudah sakit hati dengan lukisannya berbanding yang lain.

“Aku kena tangkap polis selepas disoalsiasat untuk kes poster satira #KeluargaMalaysia dengan lukisan karikatur PM Ismail Sabri.

“Ditahan di IPD Wangsa Maju.#AktaSakitHati #SatireIsNotACrime,” ciapnya di Twitter petang tadi.

Bagaimanapun, dalam ciapannya terbaharunya, Fahmi memaklumkan bahawa dia kini sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

Walaupun dibebaskan, dia memberitahu telefon pintarnya dirampas sebelum dibenarkan keluar meninggalkan balai.

“Selepas ditahan sejak pukul 4 tadi, polis rampas phone aku, ambil cap jari & ambil gambar aku macam penjenayah. 

“Mereka nak ambil DNA tapi aku tak bagi. Kemudian polis buat keputusan utk bebaskan aku dengan jaminan polis. Tak perlu tidur lokap malam ni! #SatireIsNotACrime,” ciapnya. - Getaran, 4 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia