web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gelembung Pelancongan Langkawi: 149 Kes Positif COVID-19 Dikesan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 9:19PM

Gelembung Pelancongan Langkawi bermula pada 16 September lepas dengan semua pengunjung ke pulau berkenaan perlu menjadi saringan COVID-19. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejumlah 149 kes positif COVID-19 dikesan hasil saringan di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi sejak Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik bermula pada 16 September lepas. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu direkodkan sehingga 12 tengah hari tadi melibatkan saringan seramai 40,458 orang merangkumi 34,038 orang di tujuh pintu masuk lapangan terbang dan 6,420 orang melalui feri di Kuala Perlis dan Kuala Kedah.

“Seramai 36,842 orang telah menjalani saringan menggunakan Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen dan daripada jumlah ini, sebanyak 149 kes positif COVID-19 dikesan dan 186 individu lagi merupakan kontak rapat kepada 149 kes tersebut.

“Mereka telah diasingkan dan diberi Perintah Pemerhatian dan Pengawasan (HSO),” menurutnya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Beliau memaklumkan 641 orang telah menjalani ujian RT-PCR sendiri sebelum bertolak ke Pulau Langkawi dan kesemua keputusan adalah negatif manakala baki 2,975 kanak-kanak di bawah enam tahun tidak menjalani ujian COVID-19 dan dibenarkan berlepas bersama keluarga masing-masing.  

Menerusi Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik Langkawi yang bermula pada 16 September lepas, kerajaan menetapkan semakan ujian saringan COVID-19 dan juga ujian saringan COVID-19 bagi pelancong yang belum menjalani ujian sebelum mereka berlepas ke pulau itu di pintu masuk udara dan laut. 

Mengenai Kluster Dah Teluk Nibung yang dilapor di Langkawi pada 1 Oktober lalu, Dr Noor Hisham berkata sehingga hari ini, seramai 254 orang telah disaring dengan 59 kes adalah positif COVID-19, 187 negatif dan tiga individu masih menunggu keputusan.

“Kluster itu dikategori sebagai  kluster tempat kerja melibatkan penduduk tempatan Langkawi iaitu pekerja dan kontak rapat ahli keluarga.

“Siasatan awal mendapati penularan jangkitan disyaki dari komuniti dan seterusnya merebak di tempat kerja akibat ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja dan asrama penginapan,” katanya sambil menambah semua kontak rapat telah dikenal pasti, disaring serta diberi arahan HSO selama 10 hari. 

Memaklumkan penularan jangkitan adalah terkawal sehingga kini, beliau berkata semua kes melibatkan kluster ini adalah kategori satu dan dua sahaja serta pekerja telah menerima suntikan dos lengkap vaksin COVID-19. 

Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi akan terus memantau perkembangan penularan jangkitan COVID-19 seterusnya memastikan langkah pencegahan serta kawalan sewajarnya dilaksanakan secara berterusan. 

Susulan pengumuman Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri mengenai lebih banyak kawasan gelembung pelancongan dijangka akan dibuka bermula bulan ini, Dr Noor Hisham berkata KKM akan terus menjalankan kerjasama dengan MOTAC.

Ini khususnya bagi menjalankan penilaian risiko untuk membolehkan lebih banyak tempat pelancongan dibuka dari semasa ke semasa. 

Mengulas mengenai perkembangan kes harian COVID-19, Dr Noor Hisham berkata kes sembuh yang direkodkan hari ini adalah 15,456 iaitu mengatasi jumlah kes baharu sebanyak 8,075 kes.

Menurutnya daripada jumlah kes baharu itu, 7,917 kes (98 peratus) adalah kategori satu dan dua manakala 160 kes (dua peratus) merupakan kategori tiga, empat dan lima.

"Kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 867 dengan 461 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan 15 lagi kluster baharu dikenal pasti melibatkan tujuh kluster tempat kerja, enam kluster komuniti, serta masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi dan institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia