web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UMNO Sabah Nafi Mesej Tular Hilang Kepercayaan Pada Ketua Menteri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Oct 2021 8:14AM

Bung Moktar Radin - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Mesej bergambar tular kononnya daripada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mengatakan UMNO Sabah hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor adalah palsu. 

Setiausaha akhbar kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Jaafar Abd Wahid berkata Bung Moktar, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, tidak ada membuat sebarang kenyataan media mengenai perkara tersebut. 

Jaafar berkata mesej bergambar tersebut telah disunting oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan mengambil kira situasi politik yang berlaku di Melaka ketika ini. 

Beliau berkata perbuatan menyunting mesej bergambar itu dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan politik peribadi.

"Sehubungan itu, saya  menyeru kepada semua pihak agar tidak mempercayai berita ini dan menularkannya di media sosial atau mana-mana platform," katanya dalam kenyataan malam tadi. 

Semalam, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka mengumumkan hilang kepercayaan serta menarik sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia