web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tidak Patuh SOP Punca Kes COVID-19 Di Kelantan Tinggi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2021 8:18PM

Dr. Izani melawat pusat pemberian vaksin (PPV) remaja di Sekolah Kebangsaan Demit 2, Kubang Kerian di sini, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kegagalan rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) disahkan sebagai punca kes COVID-19 di Kelantan masih lagi tinggi dengan bilangan sehingga empat angka.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatana Negeri, Dr Izani Husin berkata, jangkitan yang masih lagi tinggi menyebabkan negeri ini gagal beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Katanya, Kelantan masih mencatatkan kes lebih 1,000 iaitu 1,020 kes semalam dan menduduki tempat kedua selepas Sarawak.

"Kenapa kes jangkitan COVID-19 kita masih lagi tinggi? Kita kena tanya diri masing-masing sejauh mana kita jaga SOP.

"Walaupun vaksinasi tinggi dan kita sudah terima vaksin, tetapi kita masih lagi terdedah dengan jangkitan COVID-19. Cuma jangkitan yang kena tidak teruk, tetapi ianya akan menyumbang kepada angka harian," katanya ketika ditemui di pusat pemberian vaksin (PPV) remaja di Sekolah Kebangsaan Demit 2, Kubang Kerian di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan sudah mengambil langkah terbaik dengan melaksanakan program vaksinasi, namun pada masa rakyat perlu mematuhi SOP khususnya pemakaian pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal.

"Dengan pematuhan SOP dan program vaksinasi yang kerajaan buat ini, Insya Allah moga-moga semua selamat daripada COVID-19," katanya.

Dr Izani berkata, 95 peratus golongan dewasa sudah menerima dos pertama di negeri berkenaan.

"Bilangan rakyat Kelantan dewasa yang menetap di negeri ini jumlahnya adalah 1.1 juta dan bukannya 1.2 juta seperti dilaporkan sebelum ini. 

"Proses pemutihan akan dijalankan esok kerana rakyat Kelantan berada di merata-rata tempat termasuk di luar negara," katanya.

Pada perkembangan lain, Dr Izani berkata, sehingga kini hampir 160,000 remaja di negeri ini yang berusia 12 hingga 17 tahun sudah menerima suntikan dos pertama.

"Sebanyak 52 sekolah dijadikan PPV untuk vaksinasi remaja di seluruh negeri dan dianggarkan setiap hari lebih 9,000 remaja hadir mendapatkan suntikan.

"Ia sememangnya satu perkembangan yang amat menggalakkan," katanya. - Getaran, 5 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia