web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemilik Kenderaan Guna Nombor Pendaftaran Tidak Ikut Spesifikasi Diburu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2021 8:42PM

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), IPD Kuching mengadakan operasi khas pematuhan nombor pendaftaran kenderaan di Jalan Datuk Bandar Mustafa, Kuching, hari ini.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Pihak polis akan memburu pemilik kenderaan yang didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu, kabur dan fancy dalam operasi khas pematuhan nombor pendaftaran kenderaan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, operasi itu akan diadakan secara berterusan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

Menurutnya, operasi berkenaan diadakan susulan aduan orang ramai dan laporan silap kompaun.

“Ada kenderaan dikompaun penguat kuasa walhal kenderaan tersebut tiada di lokasi.

“Ini disebabkan terdapat kenderaan yang menggunakan nombor palsu, kabur atau fancy sehingga mengelirukan dan sukar dibaca,” katanya ketika mengadakan sidang akhbar selepas memantau operasi tersebut di Jalan Datuk Bandar Mustafa, di sini hari ini.

Ahsmon berkata, ada juga yang sengaja menggunakan nombor pendaftaran kabur dan fancy kerana berniat jahat, agar kesalahan itu diletakkan di bahu orang lain.

“Kita turut menasihati pekedai atau pengusaha kedai aksesori kereta agar tidak menjual nombor pendaftaran yang tidak mematuhi spesifikasi.

“Jadilah peniaga yang bertanggungjawab, kita tidak tahu mungkin diri sendiri akan menjadi mangsa kerana penggunaan nombor yang menyalahi peraturan ini,” ujarnya.

Ahsmon berkata, sepanjang tempoh Januari hingga September tahun ini, sejumlah 2,138 saman dikeluarkan kerana kesalahan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 925 saman dikeluarkan kerana nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan, nombor pendaftaran fancy dan kabur (763) manakala 450 kompaun lagi dikeluarkan ke atas kenderaan tanpa nombor pendaftaran,” katanya. - Getaran, 6 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia