web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Projek Central Spine Road Kelantan-Pahang Siap Sepenuhnya 5 Tahun Lagi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Oct 2021 5:20PM

Wan Rosdy (kanan) bersama Fadillah Yusof (baju biru) pada Majlis Penyerahan Projek Seksyen 5C dan 5D Central Spine Road dekat Mempaga, di sini, hari ini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BENTONG - Projek Central Spine Road (CSR) menghubungkan Kuala Krai, Kelantan dan Bentong, Pahang membabitkan jarak keseluruhan kira-kira 306 kilometer (km), dijangka siap sepenuhnya pada 2026.

Walaupun pada awalnya kerajaan mensasarkan projek CSR itu dapat disiapkan tahun 2025, namun penyebaran virus COVID-19 sejak tahun lalu memberi kesan terhadap jadual asal penyiapan kerja projek terbabit. 

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, lanjutan setahun bagi menyiapkan projek itu bagaimanapun tidak membabitkan peningkatan kos. 

“Kalau ikutkan memang ada masalah sedikit dan ini antaranya berpunca akibat (penularan) COVID-19. 

“Ada beberapa masalah lain juga tapi ia tidak menjejaskan sasaran dan kos tiada peningkatan, kita kekal dengan kos (peruntukan) asal," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan projek CSR Seksyen 5C dan 5D dari Kampung Asap ke Kampung Sertik dan Bentong Bypass kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di sini, hari ini. 

Projek itu yang mula dilaksanakan pada 2015 dengan nilai RM631.9 juta, siap pada April lalu dan sudah boleh digunakan orang ramai. 

Fadillah berkata, pembukaan jajaran baharu bagi subsektor CSR berkenaan dapat menjimatkan masa perjalanan dan kos penduduk dari sekitar pekan Mempaga ke bandar Bentong. 

“Selain itu, jajaran ini juga dapat mengurangkan kesesakan trafik di laluan (jalan) Persekutuan yang sememangnya sibuk ketika waktu puncak, terutamanya setiap kali musim cuti perayaan atau cuti am kerana ia adalah laluan utama ke Kelantan,” katanya. 

Kos keseluruhan projek CSR itu berjumlah kira-kira RM7.3 bilion yang dibahagikan kepada enam pakej. 

Pakej pertama dan kedua merangkumi Kuala Krai-Jambatan Sungai Lakit, Kelantan (47km) dan Jambatan Sungai Lakit-Gua Musang sejauh 59.6 km. 

Pakej Tiga hingga Enam pula membabitkan laluan Gua Musang, Kelantan ke persimpangan Lebuh raya Pantai Timur (LPT) sejauh kira-kira 200km. 

Ketika ditanya mengenai ketiadaan susur keluar Simpang Pelangai-Kuala Pilah, Negeri Sembilan dalam Pakej Enam CSR, Fadillah berkata, setakat ini kerajaan Persekutuan tidak mempunyai peruntukan bagi menambah laluan bagi pakej berkenaan. 

“Kita tengok dalam Rancangan Malaysia Ke-13 atau Ke-14. Kalau ada peruntukan, kita akan pertimbangkan untuk sambung ke Simpang Pelangai. Perancangan sudah ada dalam Pelan Pembangunan Jalan Raya 2030, cuma buat masa ini belum ada (peruntukan),” katanya. - Getaran 7 Oktober 2021
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia