web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jenazah Pesakit COVID-19 Dibawa Menaiki Bot APM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2021 6:19PM

Jenazah Remah Ali terpaksa dibawa keluar melalui jalan air kerana tiada akses jalan raya dari kampung berkenaan ke tanah perkuburan berhampiran. - pix ihsan APM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TUARAN - Jenazah seorang warga emas yang disahkan positif COVID-19 berjaya dikebumikan di Kampung Betutai, di sini, tengah hari tadi.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) berdepan kesukaran mengebumikan jenazah Remah Ali, 87, selepas tiada akses jalan raya dari kampung berkenaan ke tanah perkuburan berhampiran.

Pegawai APM Tuaran Leftenan Paulina Francis berkata, pihaknya telah dihubungi KKM bagi membantu membawa jenazah ke tanah perkuburan yang hanya boleh diakses menggunakan laluan air.

“Sehubungan itu, kami menyediakan bot dan empat pegawai serta anggota bagi membawa petugas KKM dan jenazah dari muara sungai ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Betutai yang terletak kira-kira tiga kilometer dari kampung.

Jenazah selesai dikebumikan jam 12 tengah hari tadi. - Gambar ihsan APM
Jenazah selesai dikebumikan jam 12 tengah hari tadi. - Gambar ihsan APM

“Ia mengambil masa perjalanan sekitar 15 minit untuk sampai ke tanah perkuburan sebelum jenazah selesai dikebumikan jam 12 tengah hari tadi,” katanya.

Tambahnya, sudah menjadi tanggungjawab APM untuk membantu menguruskan jenazah pesakit COVID-19 khususnya yang berdepan masalah seperti ini.

Terdahulu, jenazah disahkan meninggal dunia pada 4 Oktober lalu di kediamannya.

Jenazah kemudian dibawa KKM ke hospital bagi menjalani prosedur operasi standard (SOP) sebelum disahkan positif COVID-19. - Getaran, 7 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia