web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


0.9 peratus lagi sebelum rentas negeri dibenarkan - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2021 11:08AM

Kurang 1 peratus untuk negara mencapai 90 peratus vaksinasi populasi dewasa, sekali gus memberi harapan baru untuk rentas negeri. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 20,856,337 atau 89.1 peratus populasi dewasa di negara ini sudah lengkap divaksinasi setakat semalam.

Sehubungan itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata hanya berbaki 0.9 peratus sahaja lagi sehingga pintu sempadan negeri dibuka.

Menerusi ciapan di akaun Twitternya pagi ini, beliau turut menggesa orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

“0.9 peratus sahaja lagi sehingga sempadan negeri dibuka. SOP sedia ada kekal di restoran, rumah ibadat, tempat awam dan lain-lain.

“Buat ujian kendiri sebelum balik kampung atau melancong. Tingkatkan penilaian kendiri TRIIS (ulang, hafal dan hadam). Sama-sama ke arah #ReopeningSafely,” katanya.

Berdasarkan data dikongsi beliau, 94.6 peratus atau 22,153,302 populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Secara keseluruhan jumlah pemberian dos vaksin COVID-19 di negara ini termasuk vaksin dos tunggal dan dua dos setakat semalam adalah sebanyak 42,900,195 dos dengan 86,639 dos diberikan semalam.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kelonggaran rentas negeri akan diberikan apabila kadar vaksinasi populasi dewasa mencecah 90 peratus, berdasarkan data dan analisis dibuat Kementerian Kesihatan (KKM).

Perkara berkenaan diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri pada 22 September lalu. - Getaran, 8 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia