web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Idris Haron Tidak Menolak Kemungkinan Sertai PH

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2021 8:11PM

Idris Haron - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Menteri Melaka, yang juga merupakan ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron tidak menolak kemungkinan akan menyertai Pakatan Harapan (PH).

Menurut Idris lagi, pihaknya masih mempertimbangkan tawaran tersebut dalam masa yang sama, memberikan bayangan untuk menggalas jawatan ketua menteri baru jika terpilih menjadi calon pilihan PH.

“Namun jika mereka (PH) memilih saya, ia mungkin kerana menepati standard kualiti yang diharapkan oleh mereka, bukan dengan hanya ditunjuk-tunjuk dan menjadi budak suruhan.

“PH adalah pilihan, dan ramai pemimpin parti menghubungi saya bertanya khabar dan berita.

"Sama-samalah kita tunggu. Biarlah kemelut ini selesai dahulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Idris yang dipecat daripada UMNO berkata, sehingga kini beliau masih belum menyertai mana-mana parti politik dan kekal bebas buat masa ini.

Malah Idris juga menegaskan bahawa, beliau tidak akan lari daripada mempertahankan kerusi yang sudah dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (2013) dan PRU-14 (2018) itu.

Terdahulu, Idris bersama tiga ADUN yang lain, menarik balik sokongan hingga menyebabkan kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, tumbang.

Malah pada Rabu lalu, ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan juga memaklumkan bahawa beliau dan Idris telah menerima tawaran daripada beberapa pemimpin PH untuk menyertai parti masing-masing.

Namun mereka masih membuat pertimbangan sewajarnya, bagi memastikan mereka bukan setakat menang, malah mampu membentuk kerajaan negeri selepas itu. - Getaran, 8 Oktober 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia