web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Kanak-Kanak Dikhuatiri Lemas Ketika Cari Kepah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2021 7:28AM

Ahli keluarga menenangkan ibu dan bapa kepada kanak-kanak yang dikhuatiri lemas di muara Sungai Setiu berhampiran Kampung Mangkuk sejak pukul 5.30 petang semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SETIU - Tiga kanak-kanak dikhuatiri lemas ketika mencari kepah bersama keluarga di muara Sungai Kampung Mangkuk di sini semalam.

Ketiga-tiga mereka yang hilang ketika air pasang kira-kira 5.30 petang itu adalah Nurulhasha Humaira Che Mohd Humaizi, 11 dan adik lelakinya Muhammad Aryyan Faheem, 7 serta seorang saudara mereka, Nur Amni Insyirah Saiful Tarmizi, 9, 

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Setiu Rosli Latif berkata sebelum kejadian, terdapat tiga orang dewasa dan enam kanak-kanak sedang berada di dalam air untuk mencari kepah.

"Apabila air pasang dengan cepat, tiga individu dewasa tersebut hanya sempat menyelamatkan tiga kanak-kanak sahaja manakala tiga lagi gagal diselamatkan sebelum hilang dari pandangan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan oleh pihak bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan penduduk kampung. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia