web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tinggal 0.6 Peratus Untuk Negara Capai 90 Peratus Vaksinasi Dewasa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2021 9:44AM

Hanya tinggal 0.6 peratus untuk negara mencapai 90 peratus daripada populasi dewasa lengkap vaksin sebelum rentas negeri dibenarkan. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 20,927,867 atau 89.4 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima dos vaksinasi COVID-19 setakat 11.59 malam tadi (8 Oktober). 

Peningkatan sebanyak 0.3 peratus kadar vaksinasi lengkap bagi dewasa berbanding sehari sebelum itu (7 Okt) 89.1 peratus menjadikan sasaran untuk mencapai 90 peratus kadar vaksinasi kini berbaki hanya 0.6 peratus.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi portal COVIDNOW, sebanyak 94.7 peratus atau 22,166,911 individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. 

Selain itu, sejumlah 174,820 dos suntikan vaksin diberikan semalam (8 Okt) bagi golongan dewasa melibatkan 74,199 individu bagi suntikan dos pertama dan 100,621 individu bagi suntikan lengkap.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 45,379,299. 

Sementara itu, setakat semalam sebanyak 177,029 atau 5.6 peratus individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun sudah melengkapkan suntikan vaksin manakala 70.4 peratus atau 2,217,920 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Pada 22 Sepember lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aktiviti merentas negeri akan dibenarkan apabila 90 peratus golongan dewasa telah melengkapkan vaksinasi COVID-19 mereka. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia