web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Itu Anjinglah, Bukan Harimau!

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2021 4:08PM

Tindakan tidak berperikemanusiaan individu yang menyembur cat hitam pada seekor anjing mendapat kecaman ramai.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULIM - Tindakan individu tertentu yang menyembur cat hitam pada seekor anjing berwarna oren mungkin dibuat dengan niat untuk bergurau namun pada akhirnya, perbuatan itu jelas menyusahkan banyak pihak. 

Selain dianggap tidak berperikemanusiaan, tindakan tersebut juga mendatangkan panik kepada penduduk berhampiran apabila haiwan berkenaan ditemui mati akibat dilanggar kenderaan, lalu disalah sangka sebagai anak harimau. 

Malah penemuan bangkai anjing tersebut turut tular di media sosial, setelah klip videonya dimuat naik ke aplikasi tik-tok, bersekali dengan ulasan yang mendakwa haiwan tersebut adalah anak harimau belang. 

Menurut Pengarah Perhilitan Kedah, Jamalun Nasir Ibrahim, pihaknya turut turun ke lokasi beberapa hari lepas bagi mengesahkan bahawa haiwan tersebut benar-benar seekor anjing dan bukannya anak harimau seperti didakwa. 

"Kalau tengok klip video dan gambar tersebar, kita memang tahu itu bukan harimau berdasarkan bentuk mulut, kaki dan telinganya. Tetapi kami turun juga ke lokasi bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin dan membuat pengesahan bahawa itu bukan harimau. 

"Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana boleh mencetuskan keresahan orang ramai apatah lagi kawasan itu berdekatan dengan kawasan perumahan," katanya, kesal.

Beliau yang dihubungi Getaran berkata, tindakan seumpama itu boleh mencetuskan panik kepada orang ramai, khususnya mereka yang tidak pernah melihat paras sebenar seekor harimau.

"Bagi orang yang biasa dengan haiwan, mereka mungkin tahu itu seekor anjing tetapi bagi yang tak tahu, perkara sebegini boleh mencetuskan rasa panik," tegasnya.

Klip video tersebut tersebar di media sosial sejak semalam dengan kejadian didakwa berlaku berhampiran sebuah pasar raya besar di daerah ini. 

Menurut 'pengulas' dalam video Tik-Tok tersebut, dia tidak menyangka masih ada harimau di kawasan perumahan terbabit dan meminta penduduk di kawasan berhampiran lebih berhati-hati. 

Selain klip video berkenaan, turut tersebar satu gambar menunjukkan seekor anjing oren yang badannya dicat hitam, berada berhampiran dua ekor anjing lain. 

Namun tidak dapat dipastikan sama ada haiwan tersebut adalah anjing sama yang mati dilanggar itu.

Jamalun menambah, beliau berharap perkara sedemikian tidak berulang agar tidak mendatangkan rasa cemas dalam kalangan orang ramai. 

"Bagi saya ini kerja yang tidak berfaedah dan hanya menyusahkan orang. Kita tak mahu orang ramai merasa cemas dan tidak selamat apatah lagi di kawasan perumahan mereka," katanya. - Getaran 9 Oktober 2021.

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos

Semasa 23 jam yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 5 jam yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya