web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penubuhan RCI Tidak Ganggu Operasi Tabung Haji - Ahmad Marzuk

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2021 5:18PM

Ahmad Marzuk (kanan) menyampaikan sumbangan pada Program Outreach Rakan Setia Komuniti OKP Dadah, Pengkalan Chepa di Kampung Gong Tengah, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tidak akan menjejaskan pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) berikutan ianya hanya membabitkan siasatan bagi tahun 2014 hingga 2020.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, operasi tetap TH akan berjalan seperti biasa.

"RCI hanya membabitkan siasatan bagi tahun 2020 dan ke belakang sahaja, justeru tidak mengganggu operasi yang terbaru.

"Kita sedang menyusun serta merangka beberapa strategi untuk memantapkan lagi pengurusan TH, dan yang terbaru adalah menukar pengurusan Tabung Haji Plantation daripada yang lama kepada yang baru bermula 1 Oktober lalu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Outreach Rakan Setia Komuniti Orang Kena Pengawasan (OKP) Dadah Pengkalan Chepa di Kampung Gong Tengah, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Abdul Aziz Jusoh dan Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan, Rahayu Ahmad.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata, kepercayaan orang ramai terhadap TH juga semakin pulih apabila badan itu kini merekodkan lebih 9 juta pendeposit.

Jelas beliau, perkembangan itu sangat baik kerana TH adalah institusi ulung yang menjaga bukan sahaja aspek persiapan orang ramai ke Tanah Suci, tetapi turut berperanan sebagai antara platform pelaburan komuniti Islam negara.

"Perubahan pengurusan TH Plantation juga membuatkan syarikat akan lebih berdaya maju dan Insya-Allah segala keuntungan itu akan dipulangkan kembali kepada pendeposit TH.

"Pengurusan baharu ini juga selaras dengan visi untuk melebar luas dan memantapkan lagi perniagaan TH dari sudut perladangan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, RCI Tabung Haji tidak akan membabitkan pengurusan ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahmad Marzuk Shaary berkata, ia berikutan pengurusan ketika PN bergerak menggunakan model baharu untuk TH. - Getaran, 9 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia