web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


0.3 Peratus Capai 90 Peratus Vaksinasi Dewasa, Rakyat Menanti Penuh Debar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2021 10:50AM

Rakyat Malaysia kini menunggu dengan penuh debaran akan pengumuman rentas negeri. Gambar adalah bandaraya Melaka. - Gambar Mustafa Kamal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penuh debaran, barangkali itulah perasaan rakyat Malaysia ketika ini setiap kali peratusan di laman web COVIDNOW bertukar angka.

Ketika ini, hanya 0.3 peratus sahaja lagi diperlukan untuk kerajaan mengumumkan pembukaan semula sempadan negeri bagi membolehkan orang ramai pulang ke kampung halaman masing-masing. 

Setakat semalam, data vaksinasi golongan dewasa yang dipamerkan di laman web COVIDNOW menunjukkan 89.7 peratus sudah lengkap divaksinasi, peningkatan sebanyak 0.3 peratus berbanding kelmarin.

Menerusi peratusan itu, seramai 21, 003,074 penduduk sudah lengkap divaksinasi manakala 22,176,018 (94.7 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos.

COVIDNOW juga mempamerkan sehingga kini, sebanyak 45,521,196 dos sudah diberikan.

Lembah Klang mencatat jumlah tertinggi pemberian dos kepada golongan dewasa iaitu 112.1 peratus, diikuti Labuan (99.1 peratus), Negeri Sembilan (98.6 peratus) dan Perlis (93.3 peratus).

Sabah berada di kedudukan terendah (64.6 peratus), diikuti Kelantan (73.2 peratus), Kedah (79.1 peratus) dan Perak (79.2 peratus).

Enam negeri pula dikesan berjaya mencapai kadar vaksinasi 80 peratus ke atas iaitu Sarawak, Melaka, Pulau Pinang, Johor, Terengganu dan Pahang.

Vaksinasi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang mula dilaksanakan sejak 20 September lalu juga terus mempamerkan peningkatan apabila sehingga kini, 71.5 peratus sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos, manakala 6.5 peratus lagi lengkap divaksin.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran merentas negeri akan diumumkan dalam tempoh beberapa hari lagi berkuat kuasa serentak di seluruh negara.

Beliau berkata, kebenaran serentak itu berikutan kebanyakan negeri dijangka mencapai kadar vaksinasi populasi dewasa 80 peratus, apabila purata vaksinasi individu berusia 18 tahun ke atas di seluruh negara mencapai 90 peratus. - Getaran, 10 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia