web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Langgar SOP, Polis Keluar 14 Kompaun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2021 6:41PM

Pihak berkuasa mengeluarkan 14 kompaun ke atas mereka yang melanggar SOP di tapak perkelahan Pantai Payang, Lahad Datu, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Sebanyak 14 kompaun dikeluarkan susulan perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) di tapak perkelahan Pantai Payang di sini, membabitkan nilai RM29,500 di tapak perkelahan Pantai Payang, semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Rohan Shah Ahmad berkata, kompaun tersebut dikeluarkan ketika pelaksanaan Op COVID-19 di kawasan berkenaan.

Menurut beliau, operasi bersasar yang melibatkan dua pegawai dan 23 anggota tersebut bertujuan untuk memantau tahap pematuhan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2.

"Kompaun tersebut dikeluarkan terhadap pemilik premis serta pengunjung berusia dalam lingkungan 18 hingga 26 tahun yang terdiri daripada 12 lelaki dan dua perempuan," katanya.

Rohan berkata, 14 pengunjung juga diarahkan untuk menjalani ujian saringan awal air kencing oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik.

"Ketika operasi berkenaan, kita dapati mereka telah melakukan kesalahan, iaitu mengadakan kegiatan berkelah dan menyertai aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat atau menyukarkan penjarakan fizikal.

"Ini jelas melanggar SOP PPN Fasa 2 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya.

Menurut Rohan, pihak Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu juga menyarankan Pejabat Kesihatan Daerah untuk menutup premis berkenaan selaras dengan Seksyen 18(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. - Getaran, 10 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia