web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ahli Parlimen Boleh Tanggal Pelitup Muka Ketika Berbahas - Azhar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2021 12:43PM

Azhar Azizan Harun - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen hanya dibenarkan membuka pelitup muka ketika berbahas di Dewan Rakyat, demikian dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.

Beliau berkata keputusan itu dicapai setelah mendapat pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang melaksanakan penilaian risiko di Parlimen.

“Bagaimanapun, Ahli-ahli Yang Berhormat perlu memakai semula pelitup muka dengan kadar segera selepas berucap,” katanya dalam pemakluman di Dewan Rakyat, hari ini.

Melalui ujian saringan RTK Antigen dan RT-PCR, Azhar berkata tiada individu dalam perkarangan Parlimen yang didapati positif COVID-19 sepanjang persidangan kali ini.

Pada 14 Sept lepas, Azhar berkata semua Ahli Parlimen tidak dibenarkan menanggalkan pelitup muka ketika bercakap atau berbahas serta menggalakkan pemakaian pelitup muka berganda.

Ia berikutan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) di bangunan Parlimen bagi mengekang penularan wabak COVID-19 serta memastikan persidangan Dewan Rakyat berjalan dengan selamat.

Berikutan kebenaran menanggalkan pelitup muka itu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Zafrul Abdul Aziz membentangkan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan) 2021, tanpa memakai pelitup muka. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Ikrar Rukun Negara Dilafaz Secara Penuh Di Dewan Rakyat Hari Ini

4

Politik 7 bulan yang lalu

DAP Menjunjung Titah Agong Untuk Lakukan Yang Terbaik Perkukuh Kestabilan Politik

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia