web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ikrar Rukun Negara Dilafaz Secara Penuh Di Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2024 8:27AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Buat julung kalinya, lafaz ikrar Rukun Negara secara penuh bermula daripada mukadimah akan dilaksana dalam Majlis Persidangan Dewan Rakyat hari ini, kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Beliau berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada usaha kementerian berkenaan susulan kelulusan Jemaah Menteri pada 25 Julai 2023 supaya Rukun Negara dilafazkan secara penuh.

"Langkah bersejarah ini tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan menghakis kebencian serta rasis dalam kalangan rakyat Malaysia," menurutnya dalam kenyataan, semalam.

Aaron berkata, dalam negara yang berbilang kaum dan budaya seperti Malaysia, keharmonian antara rakyat adalah kunci kepada kemajuan serta kestabilan, justeru itu penting bagi semua pihak menghayati dan mengamalkan nilai yang terkandung dalam budaya Rukun Negara.

"Saya ingin menyeru kepada semua warga Malaysia untuk bersama-sama menyokong inisiatif ini dengan penuh semangat dan kesungguhan serta sama-sama menjadikan Malaysia sebagai contoh kepada dunia dalam memupuk perpaduan dalam kepelbagaian," katanya.

Berdasarkan takwim di laman rasmi Parlimen, Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 19 hari dengan tumpuan kepada perbahasan Titah Diraja oleh Ahli-Ahli Parlimen dari 27 Februari hingga 7 Mac diikuti jawapan daripada kementerian berkaitan selama empat hari bermula 11 Mac. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Politik 7 bulan yang lalu

DAP Menjunjung Titah Agong Untuk Lakukan Yang Terbaik Perkukuh Kestabilan Politik

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Saya Tidak Suka Sistem Banyak 'Red Tape' - Sultan Ibrahim

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi