web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


1.2 Juta Penduduk Masih Belum Divaksin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2021 3:06PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 1.2 juta populasi negara masih belum melengkapkan dos vaksin masing-masing, walaupun kadar vaksinasi dewasa sudah mencapai 90 peratus.

Data terbaru yang dikeluarkan di laman web COVIDNOW setakat 11.59 malam tadi mendapati, jumlah tersebut mewakili 5.2 peratus individu.

Sabah pula menjadi negeri terendah dari segi populasi dewasa yang sudah lengkap divaksinasi iaitu 65.1 peratus, diikuti Kelantan (73.6), Kedah (79.5) dan Perak 79.8 peratus.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin optimis semua negeri dan wilayah akan mencatatkan kadar vaksinasi dewasa sebanyak 80 peratus bulan ini, kecuali Sabah.

Ini berikutan jumlah populasi dewasa yang hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) untuk menerima suntikan di Sabah kini semakin berkurangan walaupun kadar populasi golongan berkenaan yang lengkap divaksin di negeri itu baru mencecah 63.3 peratus.

Beliau bagaimanapun berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menggerakkan program outreach dan kempen vaksinasi kepada masyarakat di Sabah bagi mencapai sasaran tersebut.

Sementara itu, seramai 21,073,482 individu dewasa sudah lengkap divaksinasi setakat malam tadi, sekali gus mencapai sasaran 90 peratus ditetapkan kerajaan.

Peratusan itu dicapai selepas 70,408 individu melengkapkan vaksin mereka semalam.

Dalam pada itu, seramai 22,185,520 atau 94.8 peratus individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos setakat semalam.

Menerusi data tersebut, seramai 231, 714 atau 7.4 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun sudah lengkap divaksinasi manakala 2,271,858 menerima sekurang-kurangnya satu dos. - Getaran, 11 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 7 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia