web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terengganu Sasar Kemasukan 1.5 Juta Pelancong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2021 6:54PM

Ariffin Deraman - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Terengganu yakin dapat menarik kemasukan sekurang-kurangnya 1.5 juta pelancong hingga akhir tahun ini susulan kebenaran rentas negeri yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

Exco Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Digital, Ariffin Deraman berkata, peningkatan kemasukan pengunjung ini berupaya memulihkan sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemIk COVID-19.

“Kita optimis pelancong akan berpusu-pusu ke Terengganu dan apa yang saya difahamkan, tempahan hotel serta resort sudah mula mencatatkan peningkatan sejak pengumuman kebenaran rentas negeri.

“Kita harap tempahan hotel akan penuh sama seperti tahun lalu, apabila kita menerima jumlah pengunjung di luar jangkaan,” katanya pada sidang media selepas program pengindahan produk pelancongan berasaskan komuniti di Kalang Warisan di sini hari ini.

Menurut beliau, kedatangan musim tengkujuh pada November depan diyakini tidak menghalang hasrat orang ramai untuk bercuti.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, rakyat yang sudah melengkapkan dos vaksin masing-masing dibenarkan untuk melakukan pergerakan rentas negeri di seluruh negara bermula hari ini.

Beliau berkata, ia bagi membolehkan orang ramai melakukan pergerakan pulang ke kampung, melancong dan aktiviti melangkaui sempadan negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ia susulan kejayaan negara mencapai kadar vaksinasi 90 peratus bagi populasi dewasa. - Getaran, 11 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia