web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerjasama Penduduk-Jurutera Atasi Masalah Air 3 Kampung - Madius

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2021 8:56PM

Madius (kanan) meninjau sendiri kawasan tadahan air graviti di Kampung Kotunuan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TUARAN - Perbincangan dua hala antara penduduk dan jurutera dijangka dapat membantu mengatasi krisis bekalan air di tiga buah kampung di Kiulu, di sini.

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Madius Tangau berkata, kaedah itu berupaya membawa kepada penyediaan kawasan tadahan air graviti yang lebih efisien, termasuk bekalan ketika musim kemarau di Kampung Longkou Baru, Logub dan Kotunuan Baru.

“Sebagai wakil rakyat di sini, saya membawa jurutera berjumpa dengan penduduk bagi melihat sendiri keperluan dan cadangan daripada penduduk.

“Di samping itu, pihak jurutera juga dapat berkongsi kepakaran termasuk membabitkan kerja naik taraf dan pembinaan kawasan tadahan,” katanya kepada Getaran.

Madius baru-baru ini meredah hutan lebih dua jam bagi meninjau sendiri kawasan tadahan air graviti di Kampung Kotunuan.

Tinjauan itu turut disertai jurutera bagi mengenal pasti masalah dan cara mengatasi.

“Berdasarkan tinjauan ke atas kawasan sumber air graviti tiga kampung ini, saya mendapati ia tidak mampu menampung keperluan penduduk, khususnya ketika musim kemarau.

“Masalah sama turut dihadapi bagi bekalan air terawat dari Jabatan Air Negeri Sabah (JANS),” katanya.

Tambah beliau, masalah kekurangan bekalan air terawat di situ dijangka hanya selesai jika Loji Rawatan Telibong 2 siap dibina.

“Berhubung perancangan naik taraf kawasan tadahan sumber air graviti, ia akan membabitkan kerjasama penduduk kampung secara langsung.

“Saya akan membiayai kos pembelian barang dan pembinaannya,” katanya.

Janius Japar
Janius Japar

Sementara itu, penduduk, Janius Japar, 50, menyambut baik usaha Madius dalam membantu masyarakat berdepan krisis bekalan air.

“Jika siap (kerja menaik taraf), ia dijangka mampu menampung keperluan lebih 500 penduduk Kampung Longkou Baru.

“Sudah tiba masanya kerja penambahbaikan terhadap sumber bekalan air dilakukan bagi menampung keperluan harian,” katanya. - Getaran, 12 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Jurutera PKD ditemukan lemas di Bachok

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Seminggu Tanpa Air: Pelajar UMS Alami Masalah Bekalan Teruk, Berulang Angkut Baldi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Saman Fitnah Naz Empire Terhadap Awal Ashaari Gagal Selesai Melalui Mediasi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

3 Bulan Tiada Air, Penduduk Wang Perah Kembali Ke Zaman Silam

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia