web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Bulan Tiada Air, Penduduk Wang Perah Kembali Ke Zaman Silam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2022 5:15PM

Siti Solehah Hiddayah Rani, 23, (kanan) mencuci rebung untuk dimakan dan dijual manakala anak saudaranya, Siti Zulaikha Mohd Ridzuan membasuh pakaian di sungai akibat masalah air yang melanda Kampung Wang Perah, Jitra.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUBANG PASU - Ibarat kembali ke zaman silam, pemandangan kaum ibu turun ke sungai bagi membasuh pakaian dan menyiang ikan, bukanlah sesuatu yang asing di Kampung Wang Perah, Jitra dekat sini.

Bagi mereka yang sesekali berkunjung, pemandangan sebegitu mungkin dirasakan unik namun bagi penduduk setempat, mereka sebenarnya terpaksa berbuat demikian setelah berdepan masalah bekalan air bersih sekitar tiga bulan lalu.

Menurut seorang penduduk, Mohd Naser Mohd Nor, 59, masyarakat setempat terpaksa berbuat demikian setelah paip yang sepatutnya mengeluarkan air bersih dari tangki milik Syarikat Air Darul Aman (SADA), sekadar mengeluarkan angin sejak beberapa bulan lalu.

Penduduk Kampung Wang Perah, Nor Hayati Md. Zain menunjukkan tangki air milik SADA dalam kampung tersebut yang masih belum mampu menyelesaikan masalah bekalan air di situ.
Penduduk Kampung Wang Perah, Nor Hayati Md. Zain menunjukkan tangki air milik SADA dalam kampung tersebut yang masih belum mampu menyelesaikan masalah bekalan air di situ.

“Memang kami memiliki alternatif lain iaitu air dari Bukit Perangin yang disalurkan dari rumah ke rumah.

“Tetapi air bukit itu juga ada masanya berkeladak dan paipnya sering tersumbat selepas hujan lebat.

“Selain itu airnya juga kurang pada musim panas. Sebab itu air SADA ini penting buat penduduk di sini tetapi masalahnya, bekalan sudah terputus hampir tiga bulan lalu,” katanya.

Berikutan keadaan itu katanya, kalangan penduduk terpaksa membuat kutipan wang secara berkala, bagi membolehkan mereka bergotong-royong membersihkan paip yang menyalurkan air dari Bukit Perangin. 

Mohd Naser Mohd Nor
Mohd Naser Mohd Nor

Seorang lagi penduduk, Nor Hayati Md Zain, 50, berkata, penduduk kampung terbabit hairan mengapa masalah itu masih timbul sedangkan beberapa bulan lalu, terdapat satu menara tangki SADA dan satu tangki sedutan berserta rumah pam disiapkan di kampung tersebut.

“Mengikut perkiraan kami, apabila ada menara tangki itu, maka selesailah masalah kami ini. Rupa-rupanya tak selesai juga dan kami terpaksa kembali bergantung kepada bekalan air bukit, yang sistemnya dibina kira-kira 45 tahun dulu.

“Apabila bekalan air bukit pun terjejas, maka kami terpaksa menggunakan air sungai. Paling menyakitkan hati, kami terpaksa mengeluarkan belanja lebih pada Aidilfitri baru-baru ini kerana perlu membeli pinggan mangkuk pakai buang akibat masalah air yang tidak berkesudahan,” katanya.

Siti Solehah Hiddayah Rani, 23, (kanan) mencuci rebung untuk dimakan dan dijual manakala anak saudaranya, Siti Zulaikha Mohd Ridzuan membasuh pakaian di sungai akibat masalah air yang melanda Kampung Wang Perah, Jitra.
Siti Solehah Hiddayah Rani, 23, (kanan) mencuci rebung untuk dimakan dan dijual manakala anak saudaranya, Siti Zulaikha Mohd Ridzuan membasuh pakaian di sungai akibat masalah air yang melanda Kampung Wang Perah, Jitra.

Sementara itu menurut Siti Solehah Hiddayah Rani, 23, dia bersama penduduk kampung lain sudah lali untuk mencuci pakaian di sungai sejak masalah itu berlarutan kira-kira tiga bulan lalu.

“Bukan satu dua keluarga yang mencuci di sungai sebaliknya ramai. Kadang-kadang, ikan pun kami siang di sini kerana air tidak keluar dari paip di rumah.

“Ada juga dalam kalangan penduduk kampung yang mengangkut air sungai pada waktu petang, agar anak-anak mereka dapat mandi sebelum ke sekolah, keesokan paginya. Kami amat berharap supaya masalah ini dapat diselesaikan segera,” keluhnya.

Dalam pada itu Rofiah Ahmad, 56, pula memaklumkan, penduduk setempat sudah beberapa kali membuat aduan mengenai perkara itu namun tiada pihak yang dilihat memberi perhatian, apa lagi mahu menghantar air menggunakan lori, untuk memenuhi keperluan penduduk.

Rofiah Ahmad
Rofiah Ahmad

“Walaupun air tak ada, bilnya tetap sampai kepada kami. Apabila membuat bayaran bil itu sebelum ini, saya secara berterus-terang menyatakan kepada kakitangan SADA yang kami ini seolah-olah hanya membayar untuk ‘angin’ kerana tiada air yang keluar dari paip.

“Apabila saya katakan demikian, kakitangan SADA itu menyatakan akan ada orang yang datang ke kampung bagi melihat masalah kami. Namun sampai sekarang masalah ini tak juga selesai,” katanya.

Dalam keadaan sekarang tambah Rofiah, dia terpaksa reda untuk tidak mandi pada hari-hari tertentu walaupun letih bekerja di sebuah nurseri berhampiran.

“Bayangkanlah apabila sampai ke rumah pukul 7 petang, tak boleh pula mandi kerana bekalan air bukit pun terjejas. Apabila itu terjadi, memang tak dapatlah saya bersihkan badan dan makanan pun terpaksa dibungkus dari kedai.

“Di rumah, saya cuma tinggal berdua dengan anak yang merupakan orang kelainan upaya (OKU). Keadaan ini benar-benar menjejaskan kami dan saya amat berharap agar ada pihak yang memberi perhatian terhadap perkara ini,” katanya. - Getaran, 6 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Kedua Keropok Beracun Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah