web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Guna Gambar Artis Berseragam Juruterbang, TUDM Kesal Imej Tercalar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2021 3:30PM

Gambar Niezam Zaidi memakai uniform yang digunakan oleh segelintir pihak dikatakan mencalarkan imej TUDM. - Gambar ihsan TUDM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan segelintir pihak yang menerbitkan artikel penahanan seorang artis berhubung isu pemilikan dadah dengan menggunakan gambarnya berpakaian juruterbang mencalarkan imej Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Jurucakap Bahagian Perhubungan Awam TUDM Markas Tentera Udara berkata, tindakan itu amat dikesali kerana turut menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

Menurutnya, artis berkenaan sama sekali tidak pernah berkhidmat dengan TUDM atau Pasukan Simpanan Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM).

“Gambarnya berpakaian juruterbang tersebut adalah ketika beliau memegang watak sebagai Juruterbang TUDM dalam sebuah drama bertajuk ‘Gempur Wira’ yang disiarkan di RTM pada 2018.

“Oleh itu, TUDM amat kesal dengan penggunaan gambar artis berkenaan dalam artikel berkaitan dakwaan kesalahan jenayah yang dilakukannya hingga memberi kesan negatif terhadap imej TUDM,” katanya hari ini.

Serentak dengan itu, TUDM meminta semua pihak lebih peka dan berhati-hati dalam menerbitkan penggunaan gambar untuk sebarang artikel, supaya tidak menimbulkan kekeliruan terhadap masyarakat serta mencalarkan imej TUDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“TUDM meminta supaya mana-mana media, blogger dan pengguna media sosial untuk tidak mengaitkan pelakon tersebut dengan TUDM dan dimohon dapat dibuat pembetulan bagi mana-mana artikel yang dimuat naik,” katanya.

Sebelum ini, seorang pelakon Niezam Zaidi, 28, bersama dua individu iaitu pengarah filem dan penolongnya berhubung pemilikan dadah jenis kanabis di sebuah rumah di Persiaran Jati, Taman Chandan Putri, di sini, jam 7.15 pagi 10 Oktober lalu.

Ketiga-tiga mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki dadah Ahad lalu di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak. - Getaran, 13 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Minat Mendalam, Ingin Pertahan Kedaulatan Negara Dorong Sertai TUDM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Siasatan Kes Buli Pelatih TUDM Kuantan Kini Di Peringkat Akhir 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Insiden Latihan Menembak: Lembaga Penyiasatan Terdiri Daripada Pakar Letupan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Seorang Anggota TUDM Maut, 2 Jurulatih Cedera Ketika Latihan Menembak

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia