web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hati-Hati Campur Tangan Isu Peniaga Petrol, Kata DPMM Kepada Kerajaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2021 1:01PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa supaya lebih berhati-hati membuat keputusan berkaitan kenaikan sewa kepada peniaga petrol Bumiputera yang menjual produk minyak asing.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Abd Halim Husin, berkata, walaupun beliau bersetuju dengan campur tangan kerajaan dalam perkara itu, tetapi pentadbiran tidak wajar terlalu terlibat dalam isu ini bagi mengelakkan gangguan kepada pasaran bebas dan menghalang pelaburan asing masuk di masa hadapan.

“Apa pun yang dilakukan kerajaan, ia mesti dilakukan dengan cara berhati-hati agar ia tidak nampak seperti satu pentadbiran yang mahu menentukan segala benda termasuk pasaran bebas,” katanya ketika dihubungi The Vibes.

Abd Halim berkata demikian selepas menerima aduan bahawa pengedar petrol mendesak kerajaan supaya mengurangkan bebanan bayaran sewa yang dihadapi syarikat Bumiputera.

Terdahulu, sumber memberitahu The Vibes bahawa syarikat asing telah merancang untuk menaikkan sewa, walaupun dalam keadaan pandemik COVID-19, ramai peniaga menghadapi kerugian sebanyak 50 peratus sejak satu setengah tahun yang lalu.

Sumber turut memberitahu, bahawa syarikat asing tersebut mengenakan harga yang tinggi kepada pengedar minyak petroleum mereka.

Pada masa ini, pengendali memperoleh sekitar 15 sen seliter untuk produk petrol dan 10 sen seliter untuk diesel.

Namun baru-baru ini, pengedar perlu membayar sekitar  4.4 sen hingga 4.9 sen seliter kepada perusahaan minyak asing.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengedar Petroleum Shell Malaysia, Datuk Wahid Bidin juga mengatakan bahawa pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah bertemu dengan persatuan dan perwakilan dari Shell bulan lalu untuk cuba dan menyelesaikan masalah tersebut.

The Vibes telah menghubungi kementerian untuk memberi komen tetapi masih belum dapat maklumbalas.

Halim juga memberi amaran bahawa kenaikan sewa akan memaksa peniaga petrol untuk memindahkan kos tambahan kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan yang dijual di cawangan mereka.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata satu perbincangan sedang dijalankan antara persatuan dan kerajaan untuk mencari situasi menang-menang bagi semua pihak.

“Kami masih berbicara dengan menteri (Datuk Seri Alexander Nanta Linggi), dan saya harap semua pengedar petrol dapat terus bertahan dan tidak berkomitmen pada (perjanjian).”

Khairul berkata PDAM kini tidak sabar untuk mengadakan pertemuan lagi dengan pegawai kementerian dalam masa terdekat, dan mengharapkan berita baik. - Getaran, 14 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

3

Ekonomi 6 bulan yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

4

Ekonomi 6 bulan yang lalu

PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia