web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tahanan Kes Dadah Mati Gantung Diri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2021 7:06PM

Peter berkata siasatan rapi sedang dilakukan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang tahanan kes dadah ditemui mati tergantung, dipercayai membunuh diri di lokap tahanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 2 petang tadi, lelaki tempatan berusia 42 tahun itu ditemui tergantung di bilik tahanan lokap berkenaan oleh petugas keselamatan sebelum laporan polis dibuat.

Terdahulu, lelaki itu ditahan JKDM berhubung kes 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dijangka dituduh di mahkamah esok.

Difahamkan dia menggunakan seluar panjang miliknya yang diikat pada tempat tinggi, sebelum menggantung diri.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas ketika dihubungi enggan mengulas lanjut perkara tersebut.

“Polis menerima panggilan daripada pengadu berhubung penemuan mayat tergantung di bilik lokap jabatan berkenaan jam 2.40 petang tadi.

“Lelaki itu dikenali sebagai Norazmi Abd Mutalib, berusia 42 tahun dan tidak bekerja,” katanya kepada Getaran.

Menurut Peter, siasatan rapi sedang dilakukan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Getaran, 14 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Jangan Biarkan Buli Siber Terus Berlaku, Cegah Sebelum Parah!’ - Saraswati

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Tak Jadi Bunuh Diri, Lelaki Berpaut Di Tiang Jambatan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia