web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekalan Air Pulih 28 Peratus - Air Selangor

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2021 11:38AM

Orang ramai telah membuat persediaan dengan membeli tong bagi menyimpan air susulan gangguan air berjadual yang bermula pada Rabu lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekalan air di 998 kawasan di Lembah Klang yang terjejas akibat gangguan berjadual bermula Rabu lalu, sudah mencapai 28 peratus tahap pulih setakat jam 7 pagi ini.

Jurucakap Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, daripada lapan wilayah yang terjejas, Kuala Selangor sudah mencapai pemulihan bekalan air 75.6 peratus, diikuti Hulu Selangor (60.7 peratus), Petaling (60.4 peratus) dan Shah Alam (40.4 peratus).

Bagaimanapun katanya, wilayah Klang mencatatkan pemulihan bekalan air hanya 0.9 peratus manakala Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat masih lagi sifar.

"Air Selangor berharap, pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakannya secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan masih terjejas berjalan lancar seperti dijadualkan.

"Pengguna juga boleh merujuk semua saluran rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram, Instagram dan menghubungi kami di talian 15300," katanya, hari ini.

Sebanyak 998 kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor mengalami gangguan bekalan air berjadual susulan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Keadaan ini dijadualkan berterusan sehingga esok sebelum bekalan air disalurkan ke semua kawasan terjejas secara berperingkat. – Getaran, 15 Oktober 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia