web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


97 Peratus Penjawat Awam Sabah Siap Divaksin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2021 9:52PM

97 peratus daripada keseluruhan penjawat awam di Sabah telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seramai 19,571 penjawat awam di negeri ini telah melengkapkan vaksin COVID-19.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Sabah, Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai berkata, jumlah berkenaan mewakili kira-kira 97 peratus daripada keseluruhan penjawat awam di negeri ini.

"Berdasarkan rekod Sistem Maklumat Sumber Manusia (SM2) hingga 10 Oktober lalu, kira-kira 97 peratus daripada 20, 174 penjawat awam di negeri Sabah sudah menerima vaksin COVID-19," katanya.

Datu Rosmadi berkata demikian di Majlis Penutupan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Wisma Wanita, hari ini.

Menurut beliau, PPV Wisma Wanita yang mula beroperasi 13 Jun lalu telah memberikan 12, 709 suntikan vaksin kepada penjawat awam, khususnya yang bertugas di sekitar Kota Kinabalu.

"PPV Wisma Wanita merupakan antara PPV terawal dibuka di sini dengan memberi tumpuan kepada penjawat awam untuk menerima vaksin COVID-19.

"Ia dikendalikan 425 penjawat awam negeri dan Persekutuan yang menawarkan diri sebagai petugas sepenuh dan separuh masa," katanya.

Operasi PPV ini juga jelas Datu Rosmadi, dibantu jururawat dan pakar perubatan yang sudah bersara sebagai petugas sukarela.

"PPV ini turut membantu mempercepatkan proses vaksinasi di Kota Kinabalu.

"Sumbangan masa dan tenaga mereka sangan membanggakan dalam membantu mempercepatkan kadar vaksinasi, khususnya di negeri ini," tambahnya. - Getaran, 15 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia